Kek Lapis Hanieliza




Kalau nak diikutkan I amnot the most patient person bila nak buat kek yang remeh temeh nih tau, tapi bila jalan2 rumah bloggers yang layan kek lapis nih..terseksa lah jugak jiwa tengok. Rasa nyer entry lepas ader 1st time dah buat letak kaler2 kek lapis tuh, not one of the best that boleh lah untuk kepuasan sendiri gamak nyer.
Untuk kali nih plak percubaan kedua buat kek lapis berempah (resepi kak hanieliza). Terpikat nak buat resepi nih sebab adunan nyer agak kecil dalam 6-7 biji telur , jadi tak payah ler berlamaan bab melapis nyer nanti. Tapi yang tak best nyer masa nak buat check2 barang butterchurn plak takder yang ader cuma FarmCow butter..jalan kan jugak lah tapi dari segi rasa ader sikit kurang tuh, cam berminyak sikit. Mak mother suka amat kek lapis cam nih, cuma anak dier jer kena tunggu mood melapis baru nak buat. walaupun agak leceh nak melapis dan menunngu ( sambil melapis leh layan facebook laei), tapi hasil nyer tuh memang berbaloi teruatam bila tengok other people enjoying the fruit of your labour kan. Walaupun hasil tak sekemas dan secun master melapis kat MYR tuh, kira ok ler untuk beginner cam den nih.. Yang tensen nyer bila tiba masa nak berposing , carik2 piring rata yang cukup besar nak letak kek tak jumpa palk..adus..tuh lah kek ku nampak senget lam gambar nih


BAHAN-BAHAN

Bahan A [Dipukul kembang sehingga ringan]

250 gm susu pekat
250 gm butterBahan


Bahan B

6 biji telur gred A (dari peti sejuk)

1 cawan gula halus
2 cawan tepung Naik Sendiri

1 sudu kecil Vanilla

1 sudu kecil rempah kek

1 sudu kecil ovallate


Bahan C

Kurma/asam flake/prune/kismis

CARA-CARA

1. Pukul gula dan telur satu persatu sehingga kembang dan ringan bersama ovallate..

2. Masukkan bahan A dan esen vanilla. Kacau rata.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Jangan overbeat masa nih.

4. Panaskan oven api atas [suhu 170'C]

5. Masukkan 2 sudu besar adunan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas minyak

6. Bakar sehingga masak , gunakan api atas sahaja selama lebih kurang 8-10 minit.

7. Lapiskan dengan kismis/haw flakes (ikut pilihan)

8. Ulangkan step sehingga adunan habis.Bila siap kekuningan layer yg terakhir, tukar kpd oven api bwh, turunkan temp sedikit sambil bukakan sdikit pintu oven untuk lebih kurang 10 minit.
9.Bila siap, bw keluar dr oven, telangkupkan atas bekas kek. Seelok nyer dibiarkan sejuk betul2 sebelum dipotong.

Comments

  1. hi nice blog u have here

    i would like to invite u to view my sales blog:)

    we have cottons from all over the place, mainly from dubai, kebaya and kurung fabrics from indonesia, and much more to choose!

    be our follower and u can enjoy more with us:)

    see u there:

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tag dari Ana Wahid

Kem Lubuk Semak, Ulu Dong Raub- Bergumbira2

Kuih Seri Muka