Saturday, July 18, 2009

Agar-Agar Hijau Bersantan







perkara pertama yang membuatkan saya tertarik untuk membuat aga-agar ini, sebab kaler hijau nih sangat cantik, menarik..ku lihat hijau. Perkara kedua sebab letak santan (berlemak gitu). perkara ketiga sebab secara automatik dier akan jadi 2 lapis tanpa perlu melapis secara manul...hahahhahaha

yang sebenar nyer agar2 nih buat sebab nak buat ader acara makan2 kat opis baru2 nih, paling simple dan budgetkan . Buat dua bekas satu pakai acuan kecik yang ader macam2 bentuk nih, comel sangat. lagi satu buat dalam tray untuk dibawa ke ofis. kalau buat kaler-kaler pun meriah jugak nih, nanti lah di lain episod kot. Masa buat nih sepatut nyer air 850ml jer..menderhaka letak 100ml haha aper lagi terlembik lah agar2 ini.



Bahan-bahan
1 peket agar serbuk (11 g)

850ml air
1 mug gula pasir (boleh dikurangkan)
2 helai daun pandan (untuk menwangi kan dan menambah perasa agar2 ni)
2 biji telur ayam
2 cawan santan pekat (saya guna 1 kotak kecil santan 200ml, tambah lagi jika nak lemak)
Sedikit pewarna hijau + perisa(emulco) pandan

Cara-cara
1. Rebus agar-agar serbuk dan air hingga cair dan menggelegak. Masukkan gula dan daun pandan, masak hingga gula hancur.tunggu sehingga agar2 tadi hancur baru masukkan gula pasir, letakkan pewarna dan perisa pandan.
2.Pukul telur dan santan hingga sebati. Tuangkan campuran ini kedalam sebatian agar2 dan kacau supaya tidak bergentel. Biarkan mendidih seketika sebelum menutup api tutup api.
3.Masukkan adunan tadi ke dlm bekas / loyang.Masukkan dlm petisejuk.



2 comments:

  1. salam ana..klu makan ni tak yah gigit kan..terus telan aje..gulppp

    ReplyDelete
  2. k ina..mak ngan ayah saya pun sgt suka hahaha.... tak yah pasang gigi pun leh makan kata nyer

    ReplyDelete