Wednesday, July 1, 2009

Fruit Tart AKU


kenapa saya buat fruit tart? sebab tgk kenkawan sya yang lain buat cam sedap jer..haha..logik kah alasan ku itu. Kalau datang angin mals nyer beli jer tart casing yang dah siap tuh, pakai kastard segera, letak lah apa2 buah dan sapu ngan piping gel kan.

Tapi untuk mereka2 yang datang angin rajin ni ler resepi tart buah, sebenarnya lebih kurang jer ngan resepi2 member MYR yang lain, bak kata mak ku..ko nih masak ikut tekak sendiri jer.. takper lah mak JANJI SODAP!

Bahan untuk pastry:

11/2 cawan tepung
1/2 cawan butter (kalau suka guna unsalted)(dipotong dadu)
1 biji telur (dipukul sedkit)
air sejuk secukupnya

cara-Cara
Tepung dan gula diayak. Gaul mentega, gula dan tepung hingga menjadi sepert serbuk roti. Kemudian masukkan telur dan diuli lagi. Masukkan air sejuk sedikit2 dan uli hingga menjadi lembut. Perapkan doh selama I jam di dalam peti sejuk kemudian terap kedalam acuan pie kecil2. Bakar selama 175 deg selama 20. Adunan ini boleh disimpan dipeti sejuk dan simpan di air tight container.
**Untuk pastry, selepas bakar, boleh sapukan sedikit cokelat yang dicairkan, untuk mengelakkan cepat soggy.

Bahan2 Krim Kastard-
Tepung Kastard segera 250g, (saya beli kat Yummy jer)
Susu 600g,
Perasa vanila 1 sudu kecil.
Masukkan semua bahan krim kastard di dalam mangkuk. Pukul dengan tangan sehingga rata. Dan boleh diguna, pipekan ke dalam pastry casing secukupnyer.
Penyediaan:
Buah-buahan secukupnyer (Anggur, Strawberry, Plum atau peach)
buah-buahan dihiris nipis, sapukan piping jelly dan letakkan diatas custard. Siap.

1 comment:

  1. Ana, semalam kat rumah kenduri jiran, akak ada makan fruits tart ni.. sedap, kecil2 jer.. nak cuba buat sendiri nnti... kalau rajin

    ReplyDelete