Wednesday, July 8, 2009

Ketam Bercili Telur



Aku suka teramat kat ketam dari kecik sampai la nih. ketam kari (nih specility mak aku..the best!), ketam sup ( elok bila tgh demam bagi selera makan), ketam goreng (ranggup sekali) dan kali nih aku try plak buat ketam cili yang letak telur ala2 kat restoren seafood selalu tuh. Takder ler excellent sangat tapi sedap ler jugak kat tekak nih.
Resepi nih ambik kat MYRESIPI, mintak halal kat tuan punya yer, di copy paste kat sini. Apa-pun the recipe rocks!. Oh ya resepi asal ketam direbus, saya goreng ketam nih sikit.

Bahan-bahan ( 4 orang )
5-6 ekor Ketam (guna ketam bunga)
8 ulas Bawang Putih - dikisar
15-20 Cili Kering - dikisar
1/2 botol Sos Cili (size kecil)
1/2 botol Sos Tomato (size kecil)
2 sth Cuka (optional)
Garam & Gula (secukup rasa)
2 biji Telur (dipukul sedikit)
Cara-cara
1.Kopek kulitnya & bersihkan. Sepit ketam pula harus diketuk supaya mudah dimakan isinya. Lumurkan letam dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng hingga setengah masak.
2.Tumis bawang putih yg tlh dikisar hingga naik bau. Baru masukkan cili kering dan tumis hingga garing. Kemudian masukkan pula sos cili & sos tomato. Gaul rata.
3.Bila sudah agak garing, masukkan pula cuka, garam & gula. Masukkan 1/2 cawan air bersama ketam yg tlh dibersihkan tadi. Gaul rata.
4.Tuangkan telur yg tlh pukul. Biarkan seketika Baru balik2an ketam.
5.Sajikan ketam dgn sedikit hirisan daun ketumbar atau bawang goreng.

2 comments:

  1. salam...my son and i love this dish...i dah tau buat just checking from others...nampak pic u post lagi la i rasa nak buat ...but still early baru 12 noon...ptg nanti la ...Thank you for sharing your passion..God Bless

    ReplyDelete