Pie Epal Ala CMG





Tuh taruk Cik Mat Gebu kat ujung sebab dier nyer inti pie tuh ikut resepi Cik Mat tuh memang sedap dan lazat..tapi disebabkan kismis dah abis..campurkan jer ngan mixed fruit (ala2 menderhaka sikit nih). Lama dah nak buat asyik tertangguh jer, dan terlaksana lah hajat ku ini walaupun pie ini sedikit comot sebab lupa nak buatkan lubang kat atas pie sebelum dibakar so inti pie tuh mendidih sewaktu dibakar dan meleleh kat tepi tuh. Lagi nak buat cerita masa mula2 masuk oven terlupa yang letak api kat atas jer jadi extra gelap sikit kat bahagian atas tuh..Cobaan..moga yang seterus yer bertambah comel. Tapi rasa pie nih tetap sodap...
Untuk resepi inti pie tuh ambik dari blog CMG yer ( dengan sedikit penyelarasan mengikut tekak nih)

Pastri Short Crust :
-guna 23cm pie pan
2 1/2 cups (350 grams) tepung serbaguna
1 sudu kecil garam
2 sudu besar (30 grams) gula caster
1 cwn (226 grams) butter, disejukbeku, dan dipotong dadu kecil2
1/4 - 1/2 cawan (60 - 120 ml) air ais
1.Campurkan tepung, garam dan gula dan gaul sebati . Masukkan butter dan ramas menggunakan jari sehingga adunan menyerupai serbuk roti. Masukkan air sedikit dan uli adunan hingga dapat membentuk doh yang tidak melekat dijari.leperkan doh menjadi dua keping dan dinginbeku selama 45 minit ke 1 jam.Tak perlu habiskan semua air jika doh sudah tidak melekat di jari ..
BAHAN INTI :
5 biji epal (saya guna hijau & merah)
1/4 cawan kismis hitam
1/4 cawan gula perang (brown sugar)
2 sudu besar mentega
1 camca teh serbuk kulit kayu manis
1 camca teh serbuk pala
11/2 camca besar tepung jagung

2.Panaskan mentega dalam periuk, masukkan epal, serbuk kulit kayu manis dan gula perang, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga epal lembut. Tambah kismis, kacau rata. Masukkan tepung jagung, gaul rata dan masak hingga inti pekat. Matikan api dan alih ke dalam bekas, biar inti sejuk.

Penyediaan Pie
Keluarkan doh, canai doh antara 2 keping plastik setebal 3 - 4 mm. Alihkan ke dalam tin yang dasarnya boleh ditanggalkan. Kemaskan doh dan potong lebihannya. Isi inti dan ketepikan. Canai baki doh sehingga boleh menutupi permukaan inti. Tutup inti tadi dan potong lebihannya. Kemaskan, cucuk permukaan doh dengan garfu. Hias dengan lebihan doh mengikut kreativiti masing2. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan ada suhu 200C, selama 40 - 45 minit. Sejukkan beberapa jam sebelum dipotong , sedap dimakan begitu sahaja atau dengan ais krim vanilla. Nyum Nyum


Comments

Popular posts from this blog

Tag dari Ana Wahid

Kuih Seri Muka

Kem Lubuk Semak, Ulu Dong Raub- Bergumbira2