Monday, July 27, 2009

Puding Roti Lapis Coklat





Sangat suka mencuba resepi dayang_jack kat MYR sebab bahan2 nyer semua yang memang ader dalam simpanan pantry dan sukatan pakai sukat cawan2 nih sungguh menyenangkan. Puding nih tak manis sangat dan ader kelainan dari puding biasa sebab lapisan roti dan agar2 tuh. Kesilapan saya kukus bahagian bawah roti tuh terlampau lama so dier jadi agak keras. Acuan nyer pakai mangkuk souffle kecik , bila dikeluarkan nak comot sikit tapi senang nak makan terus dari mangkuk pakai sudu jer. Thanks dayang.
Bahan-bahan
Bahan A:
6 keping roti sandwich (dipotong kecil2)
2 biji telur A
2-3 sudu besar gula aising
1/2 cawan susu cair
Bahan B:
7 gm agar-agar
4-5 sudu besar gula pasir
400 ml air
1/2 cawan susu cair
4 sudu besar serbuk coklat
Cara-cara
Bahan A :Sediakan pengukus dan panaskan. Lengserkan loyang dgn mentega. Pukul telur bersama gula aising selama 2-3 minit. Masukkan susu cair dan roti. Kacau sebati. Tuangkan ke dalam loyang sambil diratakan sedikit. Kukus selama 10-15 minit shj. Setelah masak, ketepikan.
Bahan B :Didihkan air bersama agar-agar dan gula. Kacau sehingga hancur. Masukkan susu cair dan serbuk coklat. Kacau lagi dgn api kecil. Tapiskan dan terus tuangkan ke dalam loyang tadi. Sejukkan sebelum dipotong.

No comments:

Post a Comment