Monday, July 13, 2009

Bahulu Gulung




Dulu pernah try jugak resepi dari dayang-jack kat MyResipi nih tapi dijadikan bahulu lapis. Sebab tak confident nak menggulung. Kali nih ikut sebijik2 buat bahulu gulang plak. keras sikit tapi rupa dah ok..lain kali kena pukul telur bagi naik bebetul baru campur bahan2 jadi kek jadi ringan dan gebu kot. Insyaallah.

Resepi saya salin terus dari resepi dayang-jack jer. Mintak halal yer..
Bahan-bahan ( dulang saiz 9" x 7".)
90 g / 3/4 cawan / 9½ sb tepung gandum (diayak)
3 biji telur A
5 sb gula halus
1 sdt esen vanilla
2 sb jem raspberi (apo2 jam pun sodap agak eh)
sedikit gula halus utk taburan
Cara-cara
Sediakan dulang pembakar. Alas dgn baking sheet dan griskan serta taburkan sedikit tepung di permukaannya. Panaskan oven pd suhu 180C.
Putar telur dgn gula sehingga btl2 kembang dan ringan. (pastikan adunan ini btl2 kembang dan gebu, ini akan membantu kek mjd lebih ringan dan lembut stlh masak)
Masukkan esen vanilla dan putar lagi hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dlm adunan td sambil dikacau dgn cara kaup balik. (kaup tepung dgn perlahan shj)
Tuangkan adunan ke dlm dulang yg tlh disediakan. Ratakan.
Bakar pd tetingkat atas(high rack) selama 20 minit atau sehingga kek keperangan. Walau bagaimanapun, kepanasan suhu bergantung pd jenis oven yg digunakan (adjust accordingly yer).
Panaskan jem raspberi sehingga cair.
Alaskan sekeping kertas minyak di atas kain lembab. Taburkan sedikit gula di atasnya.
Setelah bahulu masak, terus keluarkan dan terbalikkan di atas kertas minyak td. Potong kerak di bahagian tepinya jika suka. Sapukan jem di atas bahulu hingga rata. Gulung dan siap.

No comments:

Post a Comment