Tuesday, December 3, 2013

Bangkok in december 2013

had a short trip with family last year. but since the riot already started we did not do much sightseeing. mabye i will be back for the 3rd time lucky

Thursday, May 30, 2013

Makan makan di @grill BBBangi

Makan malam ala2 western mulanya nak makan di wadihana western islamic dah nak pesan grilled sole with butter rice. Tetiba black out pulak kedai. Terpaksalah cari 2nd option sebab tuan kedai tak nak pelanggan2 berada dalam keadaan tidak selesa untuk makan. Salute attitude macam nih.mementingkan pelanggan dari keuntungan. Jadi gerak ke @grill. Sebenarnya kali ketiga makan kat sini. Kali pertAma masa tuh tengah demam dan selsema cuma order sup cendawan. Kali kedua amik seafood oglio yang aku rasa sangat kena pada tekak. Freshly made pasta with fresh seafood ( mussel, udang, sotong) dan enough heat to pair with the olive drizzled pasta. Masa tuh rasa cam tak cukup jek.
Kali nih pulak sebab selera dah terbantut cuma pesan chicken chop dengan sos cendawan dan kentang goreng. Ayam tuh di grill tapi untuk saya rasa cam kurang masak need a few more minutes on the grill. T
Hidangan lagi satu spagethi marinara. Sedikit kekecewaan dengan hidangan nih kerana saucenyer terasa sedikit manis. Campur tomato sauce maggi dari botol ker? Nasib baik bahan2 adalah segar boleh lah lagi diterima tekak.
Sepatutnye starter yang dipesan tiba awal sebelum hidangan utama..yg nih crispy softshell crab tiba bila dah setengah jalan baru sampai. Ketam nih digoreng salut spicy dan crispy tepung. Not something that i would order again kot tak kena kat tekak tapi kawan saya kata sedap.
Keputusannya kali ini hidangan agak memgecewakan sangat berbeza dari sebelumnyer atau aku yang silap buat pesanan. Hmmmmm.. Untuk 3 hidangan campur air tembikai, iced chocolate dan dua kopi panas adalah $100.

Wednesday, May 29, 2013

Lempeng Pisang Minum Malam


Dah lama mengidam nak makan lempeng pisang  buatan sendiri sejak rasa makan lempeng pisang kat FoodCourt bandar Baru Nilai hari tuh. Tengahari semalam  berkesempatan beli sesikat pisang berangan ( 2 kilo ) kat Nilai 3, separuh sikat  buat makan kat ofis dan yang separuh lagi bawa balik rumah.

Kebiasan ayah saya malam-malam gemar menonton bola tak kira lah  bola sepak dalam atau luar negara. Kebetulan sepatutnyer semalam ader perlawanan separuh akhir anatara Johor dan Pahang yang mana telah ditunda atas sebab-sebab keselamatan. Khabarnyer  jumlah penonton yang melebihi kapasiti dan keadaan huruhara yang tercetus menyebabkan perlawanan telah ditunda. saya rasa itu adalah keputusan yang terbaik. Mungkin sekali akan diadakan di gelanggan yang berkecualai.  oopss melalaut pasal bola plak. Sebenarnyer lempeng  pisang nih sangat lah senang dan terdapat banyak variasi terpulang kepada empunya diri. saya menggunakan resepi  yang basic. saya suka lempeng saya nipis dan garing.

pisang berangan yang sangat menggiurkan pun sedap dimakan begitu saja


Bahan-Bahan
3 biji pisang -( saya guna pisang berangan-diramas hingga hancur)
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula perang
1/2 cawan kelapa parut  ( yang putih)
1/2 cawan air
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam

Cara2nya :
Campurkan kesemua bahan kecuali air dan gaul rata.masukkan air sedikit demi sediit sambil dibancuh adunan.Rehatkan selama 10 minit.
Panaskan kuali leper dgn api yg sederhana.
Tuangkan sesenduk kecik adunan dan ratakan dlm keadaan membulat( saya punya tak bulat pun freestyle jer).
 Biarkan bahagain bawah masak keperangan sebelum diterbalikkan.
Angkat dan hidang beralaskan daun pisang baru old skool.

 

lempeng pisang garing untuk minum malam ayah saya dengan secawan milo panas