Kek Pisang Coklat Kukus





Buat kek pisang untuk kek harijadi? hehehe.. memang jarang2 berlaku kan..tapi tulah yang aku buat haha..sebab aku yang tukang masak suka hati aku ler kan..janji sedap... asalnyer kek pisang nih dibakar dalam oven dan tak letak coklat pun.. tapi untuk konon2 nyer menambahkan kesedapan aku tambahkan coklat yang diparut halus( tak guna coklat chip sebab nanti terasa sangat plak) dan di kukus selama 11/2 cam. Rsa nyer memang merbeles dan cukup lembab... nak buat buttercream pun malas lah so cairkan coklat barr lam microwave campurkan susu cair sket ngan butter sapukan ajer atas kek dah siap letak lilin leh tiup lah. Nasib baik adik aku pun tak kisah kek aper asalkan leh tiup.. ( hehe sebab pun umur dier dah 30 tahun da..bukan bebudak ). Aku pun letak ler edible image gambar2 sponge bob kat atas kek tuh , anak2 sedara aku ramai2 duk makan edible imej jer..kek tolak tepi..adeihh dah kira silap tek nih.. tak sempat nak ambik gambar kek yang dah siap dihias tuh.. so cuma der gambar sebelum dan selepas dipotong jer lah ek... (bila ambik gambar malam jer semua jadik blur..tensen tensen). Sodap gak kek pisang makan ngan cekelat nih tau...

Kek Pisang Coklat Kukus

Bahan-Bahan
4 biji pisang medium size di lecek
1/2 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan tepung
1 sudu teh soda bicarbonate
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1/4 cawan plain yogurt (no flavour)
secubit garam
1/2 cawan gula putih
1/4 cawan gula perang
3 biji telur
100g coklat bar ( disagat-shaved)

Cara Penyediaan

1.Panaskan kukusan. Lenser tin kek dengan sedikit marjerin dan alaskan dengan kertas minyak. 2.Ayak bersama tepung, soda, baking powder, dan garam halus. ketepikan.
3.Di dalam satu mangkuk, pukul gula dan telur hingga sebati. Masukkan minyak, pisang, dan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati. Masukkan esen vanilla. Akhir sekali masukkan yogurt drink. Masukkan parutan coklat tadi.
4.Tuang dalam tin kek dan kukus selama 11/2 jam. Texture kek ni lembab dan gebu.

Comments

  1. Kak gerau tak terkata apa lah kalau orang dok pandai buat kek ni. Salute habis.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tag dari Ana Wahid

Kem Lubuk Semak, Ulu Dong Raub- Bergumbira2

Kuih Seri Muka