Sunday, November 1, 2009

APAM MARMAR

Lama dah tak buat projek kukus apam2 nih... kebiasaan nyer duk buat apam mentega tuh , kali nih tukar plak try apam marmar indo resepi asal dari CMG tuh. kalau baca dier nyer review kat resepi tuh semua kata sedap, jadi tukang masak nih pun tergoda lah jugak untuk mencoba kan.
..haha dapat satu loyang penuh apam..sapo nak makan..jawab..jawab haha... macam ler ramai sangat orang kat umah nih.. so potong2 diagihkan kan ler kepada sesama yang patut. Belen2 tukang masak tapau jek wak gi opis, gerenti licing arr... pengajaran nyer.len kali wat setengah adunan tuk makan sendirik jer lah... memang sedap dan gebus, walaupun dah simpam sampai esok nyer. But why oh why..my apam kaler tak meraih cam orang lain tuh eks... mesti ader kesilapan teknik di situ
Resepi kat bawah nyer, gula nyer kita tambah jadik 200g, (ehehe sebab untuk ..ma sweet tooth lor....)

Apam Marmar
Bahan-Bahan
250gm tepung naik sendiri
200ml santan
200gm gula halus
2 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla
1 sudu makan ovallete
Secubit garam
Pewarna makanan, ikut kegemaran masing-masing

Cara Penyediaan:
1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan kecuali pewarna.
2. Pukul dengan speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga aduan kembang dan pekat.
3. Bahagi adunan kpd 3 bahagian, satu kekal warna asal dan warnakan dua bahagian yg lain.
4. Dalam acuan yg telah dilengser dgn mentega, bubuh warna secara berselang seli seperti dalam gambar. Diikuti dengan bahagian tanpa warna pada bhg atasnya.
5. Gunakan spatula utk membuat pusingan satu arah sebanyak 1-2 kali. Kukus selama 45 minit. Jangan lupa utk membalut penutup kukusan dengan kain supaya air tidak menitis ke atas apam.

P/s : kita tutup guna alumanium foil jerk..yang telah banyak kali di recycle itu


No comments:

Post a Comment