Monday, November 9, 2009

Puding Keladi



Ini lah yang terhasil bila dah takder idea nak buat aper dengan keladi lebih2 buat pengat dan gorengan tuh. Godek2 jer..campak2 campur2 jadi ler puding nih.. boleh gak kalau nak pakai serbuk agar2 tuh so dier akan jadi lebih lembut dari guna agar2 strip.. kalau nak dapat rasakan keladi , jgn lenyekkan keladi yang telah direbus tuh hancur sangat..ala2 ader berketul2 sikit lah.. sedap, berlemak puding cam nih..si la yer....

PUDING KELADI


Bahan-bahan
1 paket agar tali (20g)
1 tin susu cair
6 cawan air
11/2 cawan gula
1/2 biji keladi (yg size kecik jer,)
2 biji telur
3 sudu besar tepung kastad
sedikit pewarna ungu

Cara-cara Penyediaan

Rebus keladi hingga empuk dan lenyekkan Agar-agar di masak dengan 6 cawan air sehingga hancur.
Kemudian tapis agar-agar kedalam periok lain.
Masukan gula kedalam agar2 tadi dan dipanaskan semula sehingga gula larut.
Blend susu cair, telur dan tepung kastad sehingga hancur. Masukkan keladi dan kacau sebati.Tuang adunan tersebut kedalam periok agar2 tadi. Letakkan pewarna secukupnya.
Masak lagi sehingga mendidih dengan senantiasa mengacau pelahan-lahan..
Bila dah mendidih, tutup api. Tuang adunan kedalam acuan..sejukkan..


No comments:

Post a Comment