Puding Susu Peach




Sebenarnya yang nih originally dari resepi Puding Susu Cocktail mummy Jun yang resepi nyer sungguh2 sedap itu.. sebab takder stock fruit cocktail buat kan guna buah peach dalam tin jer.... sebab ikut resepi dari kak jun takder tukar2 pun.. nih ler resepi asal yer..saper tak buat jangan meyesal sebab memang sedap tau... dah buat jangan lupa jemput den makan eh.. pengajaran nyer siapkan lah stock fruit cocktail tuh sonang time sosak2 ado plak tetamu datang umah kan..

Bahan-bahan
( 1 loyang besar )

1 paket serbuk agar2 (11gm)
2 biji telur
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula
2-3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail /peach

Cara-cara Penyediaan
1.masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
2.pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
3.Bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktail/ buah peach.
4.Masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. Sejukkan dan hidangkan.

Comments

Popular posts from this blog

Tag dari Ana Wahid

Kuih Seri Muka

Kem Lubuk Semak, Ulu Dong Raub- Bergumbira2