Tuesday, November 24, 2009

Puding Roti Pandan Kukus


Dulu pernah buat puding roti bakar makan ngan sauce dier , jadi carik lah jugak something yang different sikit, jalan2 jumpa plak resepi puding roti yang dikukus berperisa pandan nih dari rumah kak CT Delima kat sini ,Resepi Original CT . Seperti biasa telah membuat sedikit pengubahsuaian kepada resepi asal. Cuma gunakan santan kotak jer, dan tambahkan kurma instead of kismis (sebab tarak stok, nak letak coklat chip pun boleh kot, maybe next try). Roti tuh saya campurkan roti gardenia dan roti hailam dan dipotong setiap roti kepada empat, sebab nak letakan dalam loaf pan yang kecik comel tuh. Resepi memang senang dan gerenti sedap yer, bau padan tuh memang menusuk jiwa bila dah dah masak., ada rasa2 cam makan bingka tepung plak...
Puding Roti Pandan Kukus

Bahan-bahan:
12-14 keping roti putih/gardenia (aper2 roti pun boleh)

15 helai daun pandan

1 kotak santan (240ml) + 11/2 cawan air

2 biji telur (dipukul ringan)

1/2 cawan gula pasir (kalau nak manis lagi letak lebih)

1/2 sudu teh esen vanila

20 gm kismis (untuk tabur-guna kurma)
sedikit garam

pewarna hijau (pandan emulco pun ok)

Cara Penyediaan

1. Bersihkan daun pandan, kerat kecil2, blend dengan sedikit air untuk mendapatkan pati nyer, dalam setengah cawan.
2. Campurkan santan kotak dan air, kacau sikit, letakkan esen vanila dan pewarna hijau, kacau lagi hingga rata. Jangan lupa garam jugak.
4. Potong roti kepada 4 bahagian (terpulang tak potong pun ok ).Celupkan roti dalam campuran santan tersebut hingga serap sepenuhnya dan susun dalam loyang. Buat sampai habis. Akhir sekali taburkan kismis/kurma sebagai hiasan. Boleh jugak kalau nak letakkan kismis/kurma diantara lapisan roti yang disusun tadi.
5. Kukus roti tadi selama 15-20 minit. Sejukkan baru di potong. makan2 masa panas pun sodap... dapat dalam 2 bekas loaf yang kecik tuh.

1 comment:

  1. Rasanya macam pernah cuba resipi ni..Ambik kat dapur kak fida dari MYR...

    ReplyDelete