Bahulu Lapis V.2


yang nih bahulu lapis yang guna coklat dan kaler hijau, sedap gak combination nih.Masa nih rajin lagi lapis nipis2 jer.. Yang nih yang kedua, keras sikit terlebih tepung gamaknyer, sebab dah malas buat tebal2 jer, letak kaler merah sebab mak kater bahulu lapis selalu kena ader kaler merah pulak.


1st percubaan aku dulu pakai resepi dari Dayang Jack kat sini yer..

Raya baru-baru nih plak, projek buat bahulu lapis lagi atas permintaan ibunda ku, sanggup emak kutip telur2 ayam kampung (sib baik kat umah banyak bela ayam), kata nyer buat pakai ayam kampung telur kuning lagi banyak buatkan bahulu lagi sedap. Masa dier gagah dulu tiap kali raya memang buat kuih bahulu, bahulu lapis dan bahulu gulung. Sekali buat adunan bahulu sampai 3-4 mangkuk telur, so bayngkan ler..kena henjut sampai kembang telur tuh..sampai merecik peluh nak bagi naik. Mak aku bancuh dalam tempayan tanah liat skali ( nih nanti kena ambik gambar tunjuk tempayan tuh, antik dah bertahun2 mak simpan bekas nih ). Dulu bakar bahulu guna style lama... guna kayu api then letak penutup ayan kat atas sebelum letak bara. Tapi bahulu cara nih sungguh harum semerbak dan tahan lama.

Aku pun baru2 nih jer belajar nak buat bahulu lapis tapi aku modenkan pakai mixer jer, mak punya resepi semua paai mangkuk jer , so pastikan korang guna mangkuk yang sama untuk setiap sukatan tau.. haha kena semangkuk telur dan nak melimpah mixer ku yang comel itu (tuh yang buat rasa2 nak beli mixer BERJAYA gak nih)..terpaksalah menanggalkan dari mangkuk nyer..dan pakai hand mixer jer. bakar pun pakai elektrik oven jer.tapi bersengkang mata gak ler nak tunggu masak..sebab aku buat plak yang 1st tuh lapis nyer nipis cam kek lapis plak, yang 2nd tuh baru lah tebal2 sket ala2 bahulu nak cepat abiskan. Yang campuran koko tuh nipis dan lembab sangat disukai ramai..maknanyer sebelum pagi raya dah dihabiskan dek sedara-mara kat umah nih ha... memang nak kena buat lagi satu atas permintaan akak ipar ku plak.. time time time...

Bahan-Bahan
1 mangkuk telur ( mak aku suh guna telur ayam kampung)
1 mangkuk gula (guna gula halus copek nak hantar sket)
1 mangkuk tepung gandum ( kalau boleh disangai sekejap bagi ringan)
2 sudu teh esen vanilla
Pewarna pilihan
jem pilihan anda (cairkan sedikit dengan air panas)
Sedikit mentaga Golden Churn

Penyediaan
1.Sediakan loyang pembakar, masa nih guna loyang yang 4 persegi jer. Alas dgn baking sheet dan griskan serta taburkan sedikit tepung di permukaannya. Panaskan oven pd suhu 160C.
2.Putar telur dgn gula sehingga btl2 kembang dan ringan serta nampak gebu (jadik kaler ala2 putih.. (pastikan adunan ini btl2 kembang dan gebu, )
3.Masukkan esen vanilla dan putar lagi hingga sebati.
4.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dlm adunan td sambil dikacau dgn cara kaup balik. (kaup tepung dgn perlahan shj)
5. Bahagikan adunan kepada 3, campurkan satu adunan dgn serbuk koko, dan satu lagi dengan pewarna pink.6.Tuangkan 2 senduk adunan ke dlm dulang yg tlh disediakan. Ratakan.Bakar selama 15 minit(menggunakan api atas sahaja) atau sehingga kek keperangan sedikit. Keluarkan kek dari oven.
7. Sapukan mentega diatas bahulu , gunakan brush diikuti dengan satu lapisan jem hingga rata.
8. Tuang pula warna ke-2 dan diselang-seli untuk lapisan seterus nya.
9. Apabila habis semua adunan masak, tukar api kepada api atas dan bawah dan bakar selama 5 minit. Keluarkan, dan sejukkan diatas redai selama 10 minit seblum dikeluarkan dari acuan
P/S: dapat kek nih tak tinggi kalau nak tingi sikit tambah lah sukatan jadi 1.5 mangkuk atau 2 mangkuk yer..





nih anak buah aku si hakimi yang buat muka boring sebab kena tuunggu posing dengan kek dulu baru boleh makan, dier sangat2 rajin tolong aku bila buat kek2 nih

Comments

  1. bahulu lapis la plak.. rajin bebeno akak membaking..:)

    ReplyDelete
  2. salam kenal n salam ziarah...
    teruja nak nengok tempayan tu...antik tu kan?

    ReplyDelete
  3. wah..rajinnya melapis...nmp sedap kek tuh..

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera,

    Kami ingin menjemput anda menyertai komuniti blogger bagi mempromosikan blog anda secara PERCUMA di laman web kami. Jom berkenalan dengan blogger-blogger terkemuka dan berkongsi tips dengan mereka.

    Click pada butang 'Tutorial' untuk mengetahui cara menggunakannya.

    Daftar sekarang: Blogger Malaysia [Blogger's Meeting Point]

    Malaysia Boleh!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tag dari Ana Wahid

Kuih Seri Muka

Kem Lubuk Semak, Ulu Dong Raub- Bergumbira2