Monday, October 12, 2009

Creamy Seafood Baked Pasta



Sekali tengah bahan2 nak buat seafood pasta nih macam complicated sangat kan, cam panjang jer list bahan2 nyer tuh. Actually bahan2 tuh bagi yang selalu buat masakan western memang ader stok dalam pantry, Yang nih buat untuk dibawa ke rumah kaean baik yang buat open house kat Setia Aalam hujung minggu lepas. Terasa bangga jugak bila tetamu yang dapat merasa kata baked pasta tuh sedap. Kalau kat umah tuh, buat yang western2 kurang sambutan..haha apo nak buek omak ngan abah den tokak melayu yooo... anak buah den pulak makan pasta nih siap letak sos lagi ehhehe..

Buat 2 variasi, yang satu ( yang ikut resepi original) tuh just letak kan seafood cream tuh kat bawah then letak kan baked pasta kat atas bubuh keju then bakar jer. Yang satu lagi versi campurkan sekali pasta dengan seafood crem tuh letak cheese kat atas. Then ader pulak satu lagi bekas tuh bubuhkan belen2 mashed potato (buat shepherd pie) tuh kat belah atas... terlebih rajin lah Labu nih... kalau takder whipping cream boleh juga gunakan susu segar jer.. tapi kalau pakai whipping cream-sup nih akan lagi rasa lemak berkrim ..gamak nyer

BAHAN-BAHAN
Bahan A
1 biji bawang besar-didadu
6 ulas garlic - dadu
1 biji lada benggala- dadu ( i like red ones)

Bahan B
2 tin kecil tuna ( i use tuna in water)
1 peket kecil crabstick (actually ikut suka byk maner nak guna)
sedikit sotong (potong bulat kecil2)
sedikit udang (ambik yang saiz sedang, dan buang kulit)
1 cawan mixed veggie

Bahan C
1 (10.75 ounce) tin Campbell Krim cendawan pekat
1 1/4 cups whipping cream
2 cawan air
lada hitam, lada sulah dan garam secukup nya


Bahan Pasta
1 peket pasta ( boleh guna macaroni, elbow, shell etc) - rebus hingga empuk dan ditoskan
2 biji telur dipukul sedikit
1 cawan susu segar
4 keping keju (apa2 brand ler)

Penyediaan

1. Panaskan minyak dalam periuk ( kalau nak sedap boleh jugak guna merjerin), then tumiskan Bahan2 A hingga naik bau. Masukkan sotong dan udang dan biar seketika hingga agak2 empuk baru masukkan isi ketam dan tuna. Kacau.
2. Bila dah empuk masukkan krim cendawan, whipping cream dan air. Biar agak2 mendidih baru masukkan mixed veggie. Perasakan dengan lada hitam, lada sulah dan garam . kalau suka boleh jugak letakkan sedikit mixed spice dan bay leaf. Biarkan merenih hingga sup menjadi agak pekat.
3. Pukul telur dan campurkan susu segar tadi, kemudian masukkan pasata yang telah ditoskan. kacau rata.
4. Tuangkan sup tadi ke dalam bekas/acuan, agak2 dalam 3 suku penuh. Ambil campuran pasata dan di letakkan diatas any(hingga semua menutup sup ), carik2kan keju dan taburkan ketasa pasta .
5. bakar dalam oven sehingga 20 minit atau sehingga keju nampak agak keperangan pada suhu 160 celcius.

1 comment:

  1. bestnya. senang tak buat. kalau susah kak gerau tak geti buat.

    ReplyDelete