Tuesday, October 20, 2009

Pengat Keladi & Keledek




masa jalan2 kat pasar borong belikan tepung, gula dan telur untuk mak aku buat kuih bakar untuk jualan ( boleh tahan murah barang runcit, aku beli telur Gred A 1papan baru RM7.40) , nampak pulak ader jual keladi..amboiii..sihat2 keladi tuh.. aku nih pantang jumpa keladi..suka sangat makan.. my peberte bila dibuat bubur/pengat..goreng pun sodap... aku nak kena belajar wat talam keladi plak... kena carik resepi sifu2 kat MYR tuh ler gamak nyer..
Beli lah sekali sebiji keladi yang sekilo lebih (tamak gamak nyer aku nih ), separuh dah selamat dah buat pengat nih campur ngan keledek seket., separuh lagi ader lam peti... tuh akan disambung kemudian ler... Resepi seperti biasa duk carik yang biasa kat MYR tuh ler... dan diadaptasi secukup rasa tukang masak merangkap tukang makan nih...


Bahan-bahan ( 8 orang )

1/2 biji keladi ( sederhana besar yer- dikupas dan dipotong dadu)
3 biji keledek,( dibuang kulit dan dipotong dadu selebar 1 inci )
1/2 biji gula melaka (tak letak sebab dah habis haha-ganti ngan brown sugar seket 1/2 cawan)
1 cawan biji sagu, direndam dan ditos ( saya guna yang warna hijau)
500 ml santan
1 cawan gula pasir ( atau secukup rasa manis)
Garam secukup rasa

Cara-cara

Rebus keledek & keladi bersama air secukupnya sehingga 3/4 empuk.
Masukkan pula biji sagu, gula melaka, gula pasir dan garam secukup rasa.
Bila telah mendidih dan gula melaka telah larut, masukkan santan dan kacau sehingga ia mendidih sedikit dan padamkan api. Sedia untuk dihidang

3 comments:

  1. cantik mangkuk letak bubur tu.. aisehhh tertengok benda lain lak heheh

    ReplyDelete
  2. ini kita suka. tapi jarang-jarang buat. Orang malas macam gerau memang cam tu. semua suka, tapi semua tak buat.

    ReplyDelete
  3. ida, meh ler kat nilai 3 nih, banyak mangkuk style gitu

    ReplyDelete