Monday, October 5, 2009

Baked Lasagne




kenkadang tekak melayu nih terasa-rasa nak makan juadah2 western jugak kan...mengalihkan selera..sesekali kan. Nak -nak weekend nih asyik open house makan segala macam mee2, nasi impit dan rendang. AHHA 2-3 minggu nih surely bust my diet. Tapi ku gagah kan jua buat lasagne ini.. haa dapat satu bekas penuh..makan sampai muak.. yang nih buat pakai ayam kalau suka boleh ler tukar ke daging jugak yer.. Masak punya masak sampai terlupa pasang aopi atas so sampai sedikit gelap ler cheese kat atas lasagne tuh... sib baiks edap jugakk.. :)


Lasagna Ayam
Bahan-bahan:
Kulit lasagna (saya guna yang tak payah rebus, segera)
Mozarella cheese (kalau takder, apa2 cheese pun jadik jgn cream cheese sudah)
Sos Daging
1 block ayam kisar RAMLY (or boleh guna minced chciken fresh about 500g, or mixed of both)
1 tin cendawan butang potong
1/2 cawan mixed veggie
1 biji bawang besar potong dadu
5 ulas bawang putih ketuk & cincang
2 sudu besar cili boh (boleh kurangkan ikut suka)
1 tin sedang besar tomato puri
2 sudu sos cili
sedikit lada hitam & oregano gula & garam secukupnya ( saya juga masukkan sedikit serbuk all spice)
Sos Putih
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2 kotak (250ml) susu full cream
1/2 bar cheedar cheese potong dadu / parut
sedikit lada sulah & garam
Cara-cara
1.Memasak Sos Daging
Tumis bawang besar & bawang putih sampai naik bau. Masukkan cili boh & tumis sampai kering kemudian masukkan daging. Bila daging empuk masukkan tomato puree, sos cili,, oregano & lada hitam. Masak hingga serasi kemudian masukkan cendawan butang dan mixed veggie.
2.Sos Putih (White sauce)
Cairkan butter, then masukkan tepung atas api sederhana. Bila dah sebati tepung & butter masukkan susu & kacau atas api sedrhana jugak sampai pekat lepas tu masukkan garam (jgn byk) dan lada sulah. Lepas tu masukkan cheese & tutup api,
3. Lasagne
Letaklah sikit sos daging kat base mangkuk or aluminium foil supaya tak lekat mmt. Susun lasagna rapat2 kemudian lapis sos daging dan kemudian sos putih. Lepas tu taburkan cheese byk2. Lepas tu ulang ler sampai penuh mangkuk atas sekali tabur cheese byk2 jugak. Bakar pada suhu 180-185 darjah celsius selama 45 minit. Tunggu lasagna sejuk sikit supaya senang nak potong.

1 comment: