Apam Gula Hangus



Apam ialah kuih kesukaan mak dan bapak ku sebab lembut dan tak payah nak geget atau kunyah lama2 baru telan.Masuk mulut konyel2 dan telan disulami dengan teh 'o' . Sungguh mengasikkan kan. Resepi dari MYR nih sungguh menyenangkan, masak jer tunggu sejuk kepak dan boleh dimakan.ader rasa2 cam kek gula hangus jugak ( ker tekak aku sorang yang rasa cam tuh eks!). Sesuai untuk minum petang pagi dan bawak bekal ke pejabat tau... Resepi asal dari hazz_63 kat MYR tuh. Copy jer eks...yang penting resepi nyer simple dan nak buat pun sonang sungguh.


Bahan-bahan
2 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.
Cara-cara
Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
Pukul telur,susu,minyak dan marjerin sehingga sebati- atau pakai electric mixer ( boleh gak pakai blender selama 3 minit, aku tak guna kan bau cili api plak sebab blender tuh satu jer serbaguna).
Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.

Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

Comments

  1. sedappp apam gula hangus ni.. mmg simple tengok resepi tu.. boleh la cuba nanti ;)

    ReplyDelete
  2. ida, memang mudah dan sedap, sesuai untuk orang yang nak cepat2 jer wat keje dapur cam saya nih ler.. :)

    ReplyDelete
  3. kak gerau..suka buat dan suka makan takper..tak menyusahkan orang lain kan..saya singgah kat blog kat gerau..terhibur baaca celoteh akak kat sana tuh. Keep it up!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tag dari Ana Wahid

Kem Lubuk Semak, Ulu Dong Raub- Bergumbira2

Kuih Seri Muka