Bahulu Lapis



Resepi dari MYR jugak dari dayang jack, originally it is supposed to be for bahulu gulung since I am not very patient to gulung2, I doubled the recipe and turned it into bahulu. I like to tweak every recipe that I try ( bad of me eh!), so i use 1 cup of flour instead of the original 3/4 cup, so the end result the cake is a not as soft as it is supposed to be ( mistake is all mine not the recipe). However it is such a delicious old fashioned cake, my mother used to bake this every Raya time until recently. So I guess from now on the resposibilities will be mine. However, i need to perfect the techique before I can embark on a full scale project for this year raya. Dayang jack commented on my report for this cake in MYR, "kalo terlebih tepung misalnya 1 cawan, bole ler tambah 1/2 biji telur lg, atau guna 3 biji telur AA." Thanks for the advice dear, will do the next round.


Bahan-bahan
11/2 cwn tepung gandum (diayak)
6 biji telur A
1/2 cwn gula halus
2 sdt esen vanilla
Pewarna pilihan (mine is choco & pink)
jem raspberi secukupnya (cairkan sedikit dgn air panas)
sedikit Mentega Golden Churn
Cara-cara
1.Sediakan tin/loyang/dulang pembakar. Alas dgn baking sheet dan griskan serta taburkan sedikit tepung di permukaannya. Panaskan oven pd suhu 170C.
2.Putar telur dgn gula sehingga btl2 kembang dan ringan. (pastikan adunan ini btl2 kembang dan gebu, ini akan membantu kek mjd lebih ringan dan lembut stlh masak)
3.Masukkan esen vanilla dan putar lagi hingga sebati.
4.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dlm adunan td sambil dikacau dgn cara kaup balik. (kaup tepung dgn perlahan shj)
5. Bahagikan adunan kepada 3, campurkan satu adunan dgn serbuk koko, dan satu lagi dengan pewarna pink.
6.Tuangkan 2 senduk adunan ke dlm dulang yg tlh disediakan. Ratakan.Bakar selama 15 minit(menggunakan api atas sahaja) atau sehingga kek keperangan sedikit. Keluarkan kek dari oven.
7. Sapukan mentega diatas bahulu , gunakan brush diikuti dengan satu lapisan jem hingga rata.
8. Tuang pula warna ke-2 dan diselang-seli untuk lapisan seterus nya.
9. Apabila habis semua adunan masak, tukar api kepada api atas dan bawah dan bakar selama 5 minit. Keluarkan, dan sejukkan diatas redai selama 10 minit seblum dikeluarkan dari acuan.


Comments

Popular posts from this blog

Tag dari Ana Wahid

Kuih Seri Muka

Kem Lubuk Semak, Ulu Dong Raub- Bergumbira2