Wednesday, February 18, 2009

Mini Baked Apple Puff








Resepi nih adapted dari Fidadaud bertajuk Mini Fried Apple Pie di My Resepi, tetapi disebabkan kemalasan yang melampau dan puff pastry tuh dah berzaman duk dalam freezer, tukar kan jer kulit pastri tuh guna puff pastry yang di potong dua (tiga segi). So bila pakai puff pastry kena lah baked dlm oven.. so good when its hot, bila dah sejuk kureng sikit rasa.

Bahan Inti:
2 biji apple merah - potong dadu
1/3 cawan gula (jika tak suka manis, boleh kurangkan kepada 1/4 cawan saja)
1/2 sdk serbuk kayu manis
1 sdb perahan jus lemon
1 sdk tepung jagung + 1 sdb air


Kulit :
Puff Patry jenama kawan
putih telur untuk disapu

Cara-cara

1.Inti: Dalam sauce pan (periuk @ kuali biasa boleh juga lah), campurkan apple, gula dan serbuk kayu manis. Gaul sebati atas api yang kecil.
2.Campurkan jus lemon. Gaul sebati. Masukkan pula bancuhan tepung jagung. Gaul dan masak sehingga dapat kepekatan yang ideal.
P/S: Jika anda rasa ada kekurangan pada rasa masam @ inti tersangat manis, bolehlah tambahkan perahan jus lemon bagi menyeimbangkan rasanya.
3.Ambil sekeping puff pastry ,canaikan sedikit dan dipotong tiga segi. Ambil satu bahagian, letakkan sesudu besar inti dan dibungkus ketiga-tiga bucu.
4.Ulang sehingga habis. Sapukan putih telur sedikit sebelum dibakar didalm oven 170 celcius selama , 20 minit atau sehingga keperangan . Bau apple pie sungguh wangi bila dah masak.

No comments:

Post a Comment