Monday, January 19, 2009

Kuew Teow Kungfu



Teringat dulu selalu makan gak kat shah alam, la nih dah malas nak lepak2 kat shah alam, kat nilai nih takder yang pandai wat cam nih, and ader plak kawan yang teringin nak makan so jumpa plak resepi hanis kat MYR nih, try dan terus menjadi sedap tuh. Resepi nih copy paste dari resipi hanis yer ( mintak halal eks)

Bahan-bahan ( 1 orang )
kueh teow
2 biji telur
lada hitam / lada putih
3 ulas bawng putih
1 bij cili merah (hiris halus)/or cili api
udang (sedang)
sotong (potong bulat)
fish cake
karot
sawi
kobis
1~1setengah sudu besar tepung jagung
1 cawan air
sos tiram secukup rasa

1.Pukultelur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas. masukkan keuh teow hingga 3/4 gelas.
2.tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. ratakan kueh teow supaya menjadi sedikit nipis. Balikkan supaya kedua-dua belah masak. masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung.
[untuk kuah]
1.tumis bawang putih hingga sedikit perang. kemudian masukkan seafood udang.sotong dan fish cake.. tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali. Masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak, kobis dan akhir skali sawi.
2.biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi.

No comments:

Post a Comment