Friday, January 16, 2009

Cucur Udang @Cekodok Udang

Cucur udang nih, kalau bulan puasa salah satu peberete food untuk berbuka, selalu beli kat pasar ramadan bandar baru nilai, tapi lately cucur tuh lebih banyak tepung dan udang semakin mengecik, at times terasa terlebih baking powder (chemical taste). Walhal nak buat cucur udang nih senang jer dan boleh makan seberape banyak yang suka. As for the kuah cicah, I believe ader several version around, ada org gemar makan dgn kuah kacang, ada makan ngan kuah cili letak kacang, whereas I suka kuah cili with extra zing of bawang putih..best wooo.. ambai kan keadaan cucur ku yang senget benget tuh ( takder uniformity langsung kan), nanti dah terrer buat leh upload gambar yang lagi cantik.. when it comes to food my MS. N, doesn't care how it looks as long as it taste good and home cook ( of course with love too)..

Cucur
500g tepung gandum
200g udang basah ( sederhana besar, jgn letak udang galah cukup)
daun kucai
taugeh (optional)
cili merah (hiris halus)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
serbuk kunyit ( for that beautiful yellowish colour)
air secukupnya

Campurkan semua bahan kecuali udang, bancuhkan dengan air secukupnya. Kira2 cukup pekat nak masukkan dlm senduk . Kacau dan perap seketika, dlm 15 minit jer kot.
Panaskan minyak dalam kuali, agak2 cukup nak cover sebijik cucur tuh. Gunakan senduk gulai(yg 1/2 bulat), dan kaup adunan, bubuh udang diatas (make sure melekat haha, udang kuasyik cicir masa menggoreng), dan goreng hingga kekuningan dan garing.
Angkat dan tos.

Kuah Cili ( yang nih adapt dari junjs11, MY Resipi)
2 sudu besar cili boh
8-10 uluas bawang putih-cincang halus
50g cili sos
garam
gula
1000ml air

Satukan semua bahan, masak atas api hingga pekat. Buat lebih leh simpan dlm fridge jugak.

No comments:

Post a Comment