Tuesday, March 17, 2009

Shepherd Pie Ala Labu


Ni lah makanan yang jarang dapat kat kedai2, kenkadang jumpa gak dalam mangkuk alumunium yang comel2 tuh tak puas makan. kalau ikut resepi asal, shepherd pie nih selalu guna daging cincang, tapi sebab ikut tekak tuan punya blog letak jer lah ayam cincang.. kalau nak lagi rasa letak jugak lah ayam yang didadu kecik2.. kalau tengok kat AllRecipes tuh memacam versi shephered pie nih ader yang suka berkuah sikit , ader yang suka kering.. for me..suka yang lembab 2 sikit suka kenalah ngan kentang putar tuh. Sekarang nih..untuk menyenangkan lagi kerja ada instant mashed potato, cuma ditambah air atau susu dan sedikit mentega (lagi sonang kojo makcik). Kat rumah selalu buat pakai loaf pan yang besar ini, kalau takat 2 orang makan mau 3 hari baru habislah..sesuai untuk menambah lemak2 tepu didalam badan..layannnnnnnnnnnn

Bahan-bahan
500 gm ayam kisar (lebih pun tak per)
2 labu bawang besar (potong dadu)
2 biji bawang putih (cincang halus)
1 tin cendawan butang (di belah 6)
secawan sayur campur (mix vege)
celery (dipotong nipis)
1 tin sup mushroom campbell
1/2 cawan susu segar
garam secukup rasa
lada hitam secukup rasa
Bahan untuk Kentang
1 kg kentang (potong dadu)
1/2 cawan susu segar
2 s/b mentega
garam & lada sulah secukup rasa
Air untuk merebus kentang secukupnya
2 sudu besar parmesan cheese (sebab masa buat takder chese nih, pakai jer kraft cheese yang keping2 )
Cara-cara :
1.Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi
Masukkan ayam kisar dan cendawan. Kacau rata sehingga daging agak masak
Setelah daging agak masak, masukkan celery & mix vege
bila kelihatan mendidih, baru masukkan sup campbell dan susu & kacau sampai masak.

2.Rebus kentang sampai air rebusannya kering
Lenyekkan kentang & gaul dengan susu segar, lada sulah & mentega

3.Masukkan sikit kentang lenyek dalam pie plate, letakkan inti ayam di tengah. Masukkan doh kentang di atas tadi dan ratakan dengan garfu. Taburkan cheese. Bakar di dalam oven pada 200 degree selama 25-30 min sehingga lapisan atas nampak kekuningan.

nih lah rupa inti shepherd pie itu...

No comments:

Post a Comment