Wednesday, March 18, 2009

Raisin Butter Cake



Nih yang dipanggil kek orang malas, sungguh senang dari segi bahan2 dan cara2 nya. kek nih setengah adunan sebenarnya, kalau nak makan 3-4 orang ok lah tuh.. dier lembut dan moist..lembut jer lalu kat tekak..tak caya? cuba lah dulu..lepas tuh bagi tau the result erks..Gambar pun tak sempat nak posingkan kek nih lawa2..as is jer..saper nak makan potong2 lah sendiri.. janji habis..

Bahan-bahan
125g butter
2/3 cwn gula kastor
2 biji telur (dipukul sedikit)
1/2 sudu teh esen vanilla
3/4 cwn sultana/kismis atau mixed fruit (mixed a some flour so that it wont settle at the bottom of the pan)
1 3/4 cwn tepung naik sendiri (diayak)
1/3 cwn susu
Cara-cara
1.panaskan ketuhar ke suhu 180c. Griskan loyang bakar dan alas dengan kertas minyak.
2.Pukul butter dan gula hingga kembang dan berkrim. Masukkan telur perlahan-lahan dan pukul seketika. Masukkan esen vanilla dan gaul sebati.
3.Campurkan sultana/mixed fruit dan gaul rata. Masukkan tepung dan susu secara berselang-seli . Gaulkan adunan sehingga sebati.
4.Tranfser adunan ke dalam loyang dan ratakan permukaan. Bakar selama 30-40 minit atau sehingga kek kekuningan. Sejukkan kek di atas wire rack selama 5 minit sebelum dikeluarkan dari loyang

No comments:

Post a Comment