Friday, March 27, 2009

Meatball With Spagethi Gravy




kenkadang tekak nih rasa plak nak makan ala2 western terutamanya meatball. Selalu kalau teringin makan kat Secret Recipe lah, tapi kan dier nyer sauce tuh rasa cam bland jer sket, tak pun makan kat Pizza Hut..hehe yang ader meatball yang comel2 dan liat ( melantun garpu den ari tuh ), tapi sauce dier kena lah selera ader masam2, pedas2 sket.. memandang kan asyik duk komplen jer bila makan kat luar nih so sesekali tuan rumah pun layan lah buat sendiri, nak pedas ker nak masam lebih ker.. semua boleh kan..pas tuh boleh letak mushroom bebanyak..nyumm nyummm.. meatball tuh pun dipelbagaikan perisa..ehhe siap campurkan ngan mustard..hehe..cubalah kalau brani resepi yang agak giler ku ini...

Untuk Kuahnya.
2 sudu besar minyak kelapa / zaitun.
1 peket serbuk Maggi Spagetthi Bolognese
1 ulas bawang besar kuning Holland. (dicincang)
1 labu bawang putih.(dicincang)
1/2 sudu kecil Italian herbs*./ atau dried oregano
250 gram / lebih daging kisar.
450-500g tomato puree.
3 sudu besar cili boh (tekak melayu nak gak pedas)
Air secukupnya. Nak pekat, sedikit aje.
1 tin cendawan butang (dihiris)
2 biji tomato ranum merah.(dipotong kuib)
2 pelepah Daun celeri (dipotong kuib)

-Panaskan minyak dalam periuk. -Tumis bawang kuning hingga lembut dan naik bau. -Jangan sampai perang. Tambahkan bawang putih dan Italian herbs. -Tumis hingga naik bau. Tambah daging cincang. --Masak hingga separuh masak.letakkan serbuk bolognese dan cili boh. kacau seketikaTambah tomato puree. Didihkan. Tambah air.-Kacau hingga sebati. Biar mendidih. Campurkan buah tomato. Kacau. Masak hingga agak pekat.Cukupkan perasa dengan sedikit black pepper dan garam.

Meatball
500 g daging kisar
3/4 cwn breadcrumbs
1 biji bawang besar -cincang
1 biji telur, dipukul sedikit
5 ulas bawang putih - cincang
3 sudu besar Worcestershire sauce
1 sudu besar yellow mustard
1 sudu kecil serbuk lada
Untuk menggoreng
1 susu kecil minyak zaitun
2 sudu besar mentega

Gaulkan semua bahan2 diatas didalam mangkuk sehingga boleh dibentuk. Bulatkan mengikut citarasa. Panaskan minyak zaitan dan mentage dlm kuali. Goreng dengan api yang sederhana atau sehingga garing. Meatballs ini jugak boleh dibakar dalam oven. Alaskan dulang pembakar dengan baking sheet then bakar selama 10-15 minit (kalau bakar lagi chewy sket rasanyer).Terpulang dengan selera masing2.
Bila siap boleh dimakan bersama mushroom sauce tadi atau boleh makan dengan pasta yang sudah direbus yer..

No comments:

Post a Comment