Wednesday, August 11, 2010

Tortilla Ayam & Keju-Versi Ulangan

 Ini tortilla gulung saya versi ulangan dari sebelum ini, cuma inti dan  sos nyer saja yang saya pelbagaikan ikut tekak tuan rumah nak menghabiskan bahan2 yang lama tersadai dalam freezer itu ( ehemm seblum expiry date ler aper lagi..kenkadang dah expire pun kalau tengok elok lagi saya bedal jugak, sib baik perut jenis yang  pergi sekolah, jarang meragam, eks!). Resepi asal dari sini.Tortilla Ayam Gulung



Untuk inti:-
sausage ayam ( potong serong nipis2)
burger ayam (cincang sket)
cendawan butang ( hiris nipis)
Bawang besar ( potong dadu)
Cili Benggala (hiris- kalau suka)
Perencah Lada Hitam Maggi
Garam & gula

3 keping cheese ( dicarik )-guna KRAFT jer
3 sudu besar Mayonaise + 1 sudu besar mustard ( gaul sebati lah)

Cara-Cara Penyediaan
Panas minyak dalam kuali,  tumiskan bawang besar dan cili hingga naik bau. Masukkan daging burger & sausage hingga agak2 empuk. Tuang serbuk perencah lada hitam  dan cendawan tadi . kacau dan perasakan ikut tekak. Boleh jugak kalo nak guna perasa Maggi yang lain2 yer...

Sediakan tortilla ( saya beli jer kat Giant, guna Wholemeal, konon nak lebih berkhasiat), Sapukan campuran mayo dan mustard atas tortila , letakkan inti yang dimasak , banyak yang suka , taburkan cheese kat atas dan gulung. Simpan sekejap dalam peti ais dalam setengah jam, sebelum dipotong. Gerenti Sodap.

Kat bawah nih plak ader resepi untuk buat Tortilla sendiri, kalau ader yang nak cuba try test yer.. nih saya dah lupa goggle kat maner plak..

Tortilla
3 cups all-purpose flour
3 tsp baking powder
1 tsp salt
4 T vegetable oil
1 cup warm water


Sift the flour, baking powder and salt into a large mixing bowl. Add the vegetable oil and water. Mix with your fingers until well blended.
Turn the mixture out onto a floured surface and knead for 3 to 5 minutes or until the dough is soft and no longer sticky. Cover with a damp kitchen towel and set aside for 20 to 30 minutes.
Divide the dough into 18 balls about 1-1/2 inches in diamter. Keep them covered with a damp cloth.
Roll out each ball on a floured surface with a rolling pin into a circle about 6 inches in diameter and 1/8" thick.
Cook the tortillas, one at at time, on a hot comal or skillet until they are lightly browned on each side. Yields 18.

Selamat mencuba yer semua...  dan Selamat menyambut Ramadhan...

No comments:

Post a Comment