Thursday, August 5, 2010

Bun Inti Apple pie


Roti oh roti..orang lain dah lama meroti saya lak baru nak bermula..bukan tak pernah cuba ader gak mencuba tapi bila hasil yang mengecawakan tuh yang tensen..dan lembab jer nak cuba lain tuh... akhirnya.. setelah dapat sebuah BM (pinjam jer dulu) dan resepi yang cukup memberangsangkan...jadik ler roti ku... memula guna resepi nih buat roti kismis jer..lupa nak ambik gambar dah habis  baru teringat...  yang nih buat letak inti apple pie ( sebenarnya memula ingat memang nak buat apple crumble , termalas lah plak..jadi lah inti roti jer epal2 ku itu )..dan kosong jer.. untuk kilatan tuh sapukan  butter + madu ..excellent..

 
Ini roti saya buat percubaan ketiga guna resepi doh asas dari Kak Fida kat My Resipi (thanks !)...yes! yes! suka nyer...guna breadmaker yang pinjam itu...

BAHAN-BAHAN


600 g tepung roti ( 5 cawan rata)
120 g gula halus (1/2 cawan rata)
1 sudu kecil rata garam
2 sudu besar susu tepung (opt)
5 sk rata yis segera (contoh-Mauripan)
1 biji telur
250 ml air
1 sudu besar bread softener
60 g mentega - lembut (2 sb penuh)

Sapuan

Sedikit butter dan madu, digaul rata

Inti Pie Epal

2 biji epal hijau ( granny smith)- di potong dadu
2 sudu kecil perahan lemon
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1/2 cawan gula

- campurkan epal  dan perahan lemon, biarkan seketika. Masukkan serbuk kayu manis (jika suka). Masak atas api dan masukkan gula. kacau sehingga  epal lembut dan likat , sejukkan sebelum digunakan.

Cara Penyediaan

1.Satukan semua bahan2 di dlm mixer dan putar hingga doh tk melekat pd mangkuk mixer. Perap selama 45 min atau berganda saiznya atau kalau menggunakan Bread Machine (BM) masukkan bahan cecair dahulu kedalam bekas pengguli diikuti bahan kering dan tekan  butang untuk " basic dough", dan tunggu sehingga adunan selasai, lebih kurang 1 jam 30 minit sehingga doh mengembang.

2. Keluarkan doh , tumbuk untuk kelirakan angin dan canai doh bahagikan kepada beberapa bahagian dan bentukkan.Atau timbang 50g setiap satu.Isi inti manis tadi.Susun doh dan jarakkan di atas dulang pembakar. Saya dapat 20 biji roti bun dari doh ini.Perap lagi selama 45 minit atau berganda saiznya.
3.Bakar di dlm oven yg telah dipanaskan dulu pd suhu 180C selama 10-15 min. Saya suka bun ini berwarna agak gelap. Bila masak  sapukan butter + madu dan biarkan seketika dalam oven sebelum disejukkan. sapuan menghasilkan kilatan yang cantik pada bun. Kelembutan bun ini bertahan hingga keesokkan hari.

 
 

No comments:

Post a Comment