Bahulu Ros Mekar


lalalalla apam @ bahulu kembang ku..resepi dari kak_fida yang sungguh gigih berkongsi resepi kat MYR itu..Thanks, saya share kat blog nih yer. Resepi asal sini yer.

apam dah merah, acuan pun lagi merah menyala plak, acuan yang saya gunakan pelbagai saiz tuh ader yang kembang dan kuncup jadi nyer..tapi maintain sedap walaupun dibuat  diwaktu mata dah mengantuk... suka kombinasi putih dan merah jambu..nampak manis cam gadis pingitan gitu kan :)

Bahan-bahan
200 g gula halus
300 g tepung gandum
3 sb susu tepung
1 sk baking powder
1 sk ovallete
220 ml susu segar -saya guna plain milk
2 biji telur - A
sedikit esen ros
1 sk pewarna merah

Cara-cara Penyediaan

Satukan kesemua bahan2 kecuali pewarna merah dan pukul hingga sebati dan pekat.

Ambil 1/4 bahagian adunan dan warnakan merah.

Bubuh adunan plain kedalam acuan yg beralas cawan kertas dan bubuh sedikit adunan merah di atasnya. (warna pink ku ini terlebih plak, menglamerkan diri)

Kukus selama 10-15 min atau hingga mekar ( kita punya ader yang kembang dan kuncup lak..huhu)

Comments

Popular posts from this blog

Tag dari Ana Wahid

Kuih Seri Muka

Kem Lubuk Semak, Ulu Dong Raub- Bergumbira2