Thursday, January 7, 2010

Tortilla Ayam Gulung




baru-baru nih beli Majalah Saji keluaran January 2010, ternampak plak satu resepi  guna roti tortilla nih ( roti nih cam naan gamak nyer, asal dari mexico, selalu saya kat umah buat cam sandwich  then letak lam peti ais, bawak bekal ke opis, ader kat pasaraya besar Giant or TESCO). Asal nyer pakai ayam dadu jer, sebab ader lebihan ayam kisar tuh so dicampurkan dan letak ler Mix Black Pepper Maggi tuh. Senang jer.. kalau nak letak inti lain pun boleh terpulang pada tekak masing2 yer... kat bawah nih ler rupa tortila bread tuh, kalau kat Giant jual dalam pack of five, boleh simpan 2 minggu.


Bahan-Bahan
2 sudu besar minyak
3 ulas bawang merah (cincang)
3 ulas bawang putih (cincang)
200g dada ayam/potong kiub
150 daging ayam kisar (guna  brand ramly jer)
1 bungkus  serbuk Black Pepper Maggi
1 biji bawang merah - potong dadu
2 tangkai  daun bawang - hiris halus
4 keping roti tortilla- beli kat GIANT jer
garam dan lada sulah secukup nyer.

Bahan Sos
2 sudu besar Sos Thousand Island
11/2 sudu besar mentega kacang halus
11/2 sudu  besar mayonis
garam dan gula secukup nya

Cara Penyediaan

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih. BIla berbau harum masukkan ayam dan ayam kisar, biar seketika hingga ayam agak empuk. Masukkan Serbuk Black Pepper Maggi. kacau sesekali hingga masak. Tambah garam secukup rasa. Tambahkan  daun bawang dan biar sejuk seketika.

2. Dalam mangkuk kecil. satukan semua bahan sos dan kacau sebati.

3.Sudukan sedikit sos ke atas roti tortilla dan ratakan. tabusrkan isi ayam. Dan gulung kemas. BUngkus dalam foil dan sejukkan dalam petiais selama 2 jam.

4.Untuk hidangan tortilla boleh dipotong 3 atau empat.Boleh jugak dipotong menyerong untuk presentation yang lebih cantik dan dihidang bersama salad hijau,

4 comments:

  1. Tapikan, kita pernah beli yang garlic punya. Sangatlah tterasa garlicnya.

    ReplyDelete
  2. ehhe kak gerau ader rasa2 cam makan garlic bread tak? kita beli yang tortilla gandum biasa jer..

    ReplyDelete
  3. salam... rajin betul ana ekkkk

    * bila nak jumpa lagi ni...

    ReplyDelete
  4. kak e, rajin kerna terpaksa sebenarnya... kak e, marilah turun nilai kita belanja makan kat auntie aini..pe khabar pokok lily ku itu ..hidup lagi tak ...:)

    ReplyDelete