Muffin Pandan Wangi


Dalam kesibukkan keje tak terkejar  nak mengemaskini kan resepi dalam blog nih walaupun ader akitivi membuat / mencuba resepi baru..maklum lah gamak nyer tahun baru... tempat keje pindah baru & semangat baru dan keje2 baru pun bertambah.Alhamdullilah

Walaubagaimanapun tetap sempat melakukan aktiviti berjalan2 dan masak2 nih/ Kali nih  mencuba pula buat Muffin Pnadan guna resepi Rinchan,  ikut  sebijik2 pakai santan kelapa instead of susu segar. Jadi rasa dan aroma muffin nih sungguh harum dan menggoda, bila makan panas2 plak amboi..lazattt.. Ynag nig buat untuk bawak masa ader venet dengan kawan2 di bagan lalang baru-baru nih. Abis semua ..... Guna 2 jenis  paper cup untuk muffin nih yang tinggi dan yang rendah. yang rendah tuh dier dah jadi ala2 cupcake plak..

MUFFIN PANDAN


Bahan-bahan:

200gm tepung gandum

1 1/2 tsp baking powder

1/2 tsp soda bikabonat

1/2 tsp garam halus

120gm gula castor

200ml santan kelapa (dalam kotak)

100ml minyak jagung

2 biji telur

1 tsp pandan paste & 1/2 tsp pandan essence
( atau boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .)

Topping - sedikit coklat chip

Cara-cara Penyediaan

1. Panaskan oven pada suhu 180 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.

2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.

3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).

4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan coklat chip di atasnya.

5. Bakar selama 20minit.


Comments

Popular posts from this blog

Tag dari Ana Wahid

Kuih Seri Muka

Kem Lubuk Semak, Ulu Dong Raub- Bergumbira2