Tuesday, January 5, 2010

Kek Butter Maklang


Dah puas puas buat kek lapis yang berbagai kaler dan berbagai rasa..balik lah p[ulak  to the basic buat butter cake, kek mentaga yang simple dan digemari ramai.... jalan2 surfing jumpalah resepi kek butter mak lang nih, guna tepung gandum dan tepung kastam, hasil nyer a very light and moist kek jugak. Susu tuh sekadar nak bagi moist adunan sket. memang best silalah cuba yer...
Actually adunan nih boleh dapat kek yang 9 ich tapi saya bagi dua satu buat kek butter biasa dibakar, satu lagi  campur cekelat chip dan dikukus..ehhe buek experiment lagi. keputusan nyer yang bakar dalam oven tuh memang lagi merveles eks...

Bahan-bahan

1 cawan mentega

1 cawan gula halus

1 cawan tepung gandum

1 cawan tepung kastard

1 sudu besar susu pekat manis

4 biji telur

1 sudu the vanilla dan serbuk penaik

Cara Penyediaan

1. Pukul telur dan mentega hingga kembang

2. Masukan telur satu demi satu, vanilla, susu pekat manis dan serbuk penaik. Gaul hingga sebati.

3. Masukan tepung gandum, tepung kastard dan gaul sebati.

4. Masukan ke dalam acuan dan bakar hingga masak





No comments:

Post a Comment