Badak Berendam @ Kuih Putat


Kuih nih adalah satu kemestian kat rumah bila bulan puasa, mak selalu buat untuk berbuka.. asal nyer kuih nih ala2 badak berendam jer, tapi stail mak pulak dier runcingkan bahagian atas kuih tuh..jadi dipanggil plak kuih putat... kalau inti kelapa tuh, tak yah lah manis2 sangat nanti cepat muak.


Petua mak masa buat kuih nih campurkan sikit dengan tepung gandum , so dier kurang melekit dan senang dibentuk.. kalau guna loyang aluminium nak kukus tuh, bubuh minyak sikit sebelum letakkan kuih yer, jadi senang nak di keluarkan bila masak.. Sekali masak mak guna 1 bungkus tepung pulut tuh, so dapat lah dua loyang sedang kuih..oarang2 tua punya stail plak.. masak2 kuih2 lama nih takder sukatan2 cam kita semua main agak2 jer..tapi hasil nyer umphh jugak kan.. i lap you Mak...




Bahan-Bahan:

½ bungkus tepung pulut
½ cawan tepung gandum
8 helai daun pandan (kisar dan perah patinya)
 ½ biji kelapa parut (untuk dibuat inti)
3 cawan santan + 1 sudu teh garam
1/2 cawan gula merah + sekepin gula kabung
1 cawan air
1 sudu teh garam

Cara - Cara Penyediaan :

1) Masak gula merah + gula kabung dan tambahkan sedikit air hingga cair, masukkan kelapa parut  dan dimasak hingga menjadi inti.

2) Panaskan kukusan.

3) Bancuh tepung pulut dan tepung gandum bersama air dan pati pandan hingga menjadi doh yang lembut.

4) Bentukkan doh lembut bulatbulat dan isi inti di dalamnya.Bentukkan  doh yang diisi menjadi  bentuk bintang ( sila tengok gambar, tak tau camner nak describe..hikhik)

5) Sementara itu bancuh santan bersama garam.

6) Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuangkan santan di sekelilingnya.

7) Kemudian kukus hingga masak. Saya suka santan tuh hingge menjadi agak sejat, jadi dikukus  lebih kurang 15-20 minit. Nak senang sila alaskan piring hidang dengan daun pisang..jadi kuih tak melekat!

Comments

  1. sedapnye badak berendam... saya suka sgt kuih ni... nak buat rugi sebab saya je makan kat umah ni....huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tag dari Ana Wahid

Kem Lubuk Semak, Ulu Dong Raub- Bergumbira2

Kuih Seri Muka