Puding Roti Pandan Kukus
Dulu pernah buat puding roti bakar makan ngan sauce dier , jadi carik lah jugak something yang different sikit, jalan2 jumpa plak resepi puding roti yang dikukus berperisa pandan nih dari rumah kak CT Delima kat sini , Resepi Original CT . Seperti biasa telah membuat sedikit pengubahsuaian kepada resepi asal. Cuma gunakan santan kotak jer, dan tambahkan kurma instead of kismis ( sebab tarak stok, nak letak coklat chip pun boleh kot, maybe next try ). Roti tuh saya campurkan roti gardenia dan roti hailam dan dipotong setiap roti kepada empat, sebab nak letakan dalam loaf pan yang kecik comel tuh. Resepi memang senang dan gerenti sedap yer, bau padan tuh memang menusuk jiwa bila dah dah masak., ada rasa2 cam makan bingka tepung plak... Puding Roti Pandan Kukus Bahan-bahan : 12-14 keping roti putih/gardenia ( aper2 roti pun boleh ) 15 helai daun pandan 1 kotak santan (240ml) + 11/2 cawan air 2 biji telur (dipukul ringan) 1/2 cawan gula pasir ( kalau nak manis lagi letak lebih ) 1/2 su...