Marbled Brownies




Sempena mengahbiskan stock cream cheese di dlm fridge, dah berape kali creamcheese tuh keluar masuk peti baru lah jadik akhirnya. Ras nyer sugguh excellent, kalau nak letak topping fudge pun ok, but i prefer it plain as it is..heavenly... with a cup of strong black coffee.
Marbled Brownies
Adapted from Simple Home Baking (carole clements)
Adunan coklat
225g coklat masakan
65g butter
4 biji telur
300g gula kastor
140g tepung gandum
½ sudu teh garam
1 sd teh serbuk penaik
2 sd teh esen vanilla
115g walnut, disanggai dan dicincang
Adunan Cream cheese
55g butter
170g cream cheese
100g gula halus
2 biji telur
30g tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
1. Panaskan oven ke 180c. Gris dan alaskan baking dish berukuran 13 x 9in.
2. Cairkan coklat masakan dan butter secara double boil, dan sejukkan.
3. Pukul 4 biji telur sehinga kembang, masukkan 300g gula sedikit demi sedikit sehingga sebati. Ayakkan 140g tepung, garam dan serbuk penaik ke dalam adunan dan gaul rata.
4. Tuangkan coklat yang dicairkan ke dalam adunan, masukkan esen vanilla dan kacang walnut. Asingkan 450ml dari adunan ini.
5. Untuk aduanan cream cheese, pukul cream cheese dan butter sehinggga berkrim.Masukkan gula, telur, tepung dan esen vanilla. Gaul mesra.
6. Tuang adunan coklat kedalam baking dish,tuangkan adunan cream cheese sebagai lapisan kedua. Gunakan sudu dan sudukan baki adunan coklat secra bertompok ke atas lapisan cream chese. Buat corak swirl dgn palette knife beberape kali.
7. Bakar selama 40-45 minit dan sejukkan sebelum dipotong.

Comments

Popular posts from this blog

Tag dari Ana Wahid

Kuih Seri Muka

Kem Lubuk Semak, Ulu Dong Raub- Bergumbira2