Monday, November 17, 2008

Bingka Ubi



Kuih tradisional yang masih lagi menjadi kesukaan ramai, kat kampung mak selalu buat jual kat pasar tani ari sabtu.. selalu ambik ubi yang tanam kat belakang umah jer...resepi memang senang tapi part yang paling malas nak parut ubi tuh, kat rumah guna mesin kelapa jer nak parut ubi cepat dan efficient. resepi nih boleh dapat 2 bekas kuih bingka ( yang guna ring mould 9 inch), sedap dan sesuai untuk org yang malas nak kunyah2. Nak make sure bingka dah masak, bila dah berkerak sikit kat atas tuh kira dah boleh angkat ler.Yang nih resepi dari my mother ( old timer)

Resepi Kuih Bingka Ubi
5 cawan ubi parut ( resepi mak ubi parut nih di kisar dan perah buang air dulu baru guna)

6 cawan santan pekat

3 biji telur ayam

2 cawan gula pasir

1 cawan gula merah

secubit garam


1. leserkan loyang dengan minyak masak.

2. Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata

3. Tuang dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 celcius.(sehingga masak)

4. Sejukkan sebelum dipotong




No comments:

Post a Comment