Tuesday, November 11, 2008

Apam Comel Berinti



Dah lama duk belek-belek resepi lily dari MYR nih...asyik kena shelves jer, the last night jenguk2 dlm fridge ader balance inti kelapa emak buat kuih koci ari tuh, then ader jugak kaya perisa pandan. Check takder plak bekas yang comel2 nak letakkan casing tuh pakai jer lah aper yang ada, so ader yang comel2 ader yang leper jer apam nih. Apa pun, apam nih sgt lembut dan sedap, kalau nak kurang manis boleh kurang kan gula. Food colouring tuh agak tak menyerlah, the reason being my mother nih kalau kuih kaler garang2 sgt dier tak berkenaan nak makan plak. Thumbs up for the recipe. Thanks Lily , i just copy patse from your rec1pe ya!

Bahan-bahan ( 15-20 biji )
3 biji telur-dari peti sejuk
275 gm tepung gandum/tpg kek
220 gm gula halus
150gm susu segar/UHT
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Inti Kelapa/kaya ( or anything you desire)

Cara-cara
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih)(pakai sudu teh jer pu..:))
Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan.
masukkan inti kelapa
Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.

No comments:

Post a Comment