Biskut Tart Nenas




Buat lagi tart nih walaupun raya dah abis, untuk open house rumah my sister minggu lepas. tak rajin nak gulung-gulung so buat open face tart jer, jem pun beli jem nenas dari YUMMY, janji sodap. Resepi pun cut and paste jer dari FP Maklang, simple and easy

Tat Nenas


Bahan-bahannya
500 gram mentega
100 gram gula aising
3 biji telur (3 putih dan 2 kuning)
70 gram susu tepung
750 gram tepung gandum (biasenye ikut lembut supaya mudah ditekan)
1 sudu teh esen vanila
Jam nenas secukup nya

Cara-caranya
1. Satukan mentega dan gula aising, kacau sekejap. Tak yah nak buat creamy method cam kek tu.
2. Masukkan telur, kacau sebati dan masukkan esen vanilla.
3. Kemudian masukkan tepung susu dan tepung gandum. Uli perlahan-perlahan kalau rasa adunan melekit di jari, tambah tepung sikit demi sedikit. Semasa masukkan tepung jangan masukkan semua sekali, masuk sikit demi sedikit supaya adunan tidak terkeras. Sepatutnya adunan tu agak lembut (tak lembik). Then terap jer guna acuan tart yang sesuai
4. Letak inti . Bakar sampai masak dan kekuningan.

Comments

Popular posts from this blog

Tag dari Ana Wahid

Kem Lubuk Semak, Ulu Dong Raub- Bergumbira2

Kuih Seri Muka