Wednesday, September 10, 2008

Biskut Sarang Semut


Biskut sarang semut nih kena request oleh anak sedara , yang kena hantar pergi sambung study ke beijing Foreign University baru-baru nih. So dier nak makan sebanyak kuih2 raya yang boleh , especially his favorite coklat chips ngan sarang semut. kesian Abg Long berpuasa ngan beraya kat Beijing tahun nih. Bila berbuka puasa ramai yang balik, last last tinggal ler setengah balang jer untuk yang tukang buat, sah minggu depan nak kena wat lagi plak. Resepi nih my Ateh yang bagi untuk 2 adunan terus.



375 gram butter/mentega
2 biji kuning telur
1 cawan gula kaster
4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad
1 cawan tepung jagung
2 sudu teh esen vanilla
coklat rice


  1. Ayakkan tepung gandum, kastad dan jagung bersama.


  2. Pukul butter dan gula hingga berkrim dan putih, ,masukkan esen vanilla , kacau lagi, kemudian masukkan kuning telur dan kacau mesra.


  3. Tuang tepung sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga mendapat doh yang agak lembut.


  4. Ambil sedikit adunan, dan sagatkan menjadikan uraian yang pendek-pendek.


  5. Sudukan adunan yang disagat kedalam paper case ( supaya nampak macam sarang) dan hias dengan coklat rice.





Sorang anak buah tanya kenapa tak boleh pakai kaler lain asyik coklat rice, mak nyer cakap nanti bukan lah sarang semut. Dier kata letak lah gula yang merah-merah leh jadik semut merah...hahhahahahaah.. DUhhhh..tak terjawab den dah. Gambar kat bawah heheeh setengah balang jer yang tinggal untuk den !




No comments:

Post a Comment