Tuesday, September 16, 2008

Biskut Badam


Tahun nih, my resolution ialah "tak payah beli biskut raya", so nak kena buat semua biskut yang aku suka makan. Untuk permulaan hari tuh dah try buat biskut bunga cina dari resepik.nor..haha tapi jadi bunga kembang semangkuk plak semua kelopak bunga dah mekar teramat ( patah semangat kejap). Then dah buat biskut sarang semua dah pun habis buat bekal kat anak2 buah, definitely nak kena buat second round nanti. So ahad baru nih since the eldest niece ader kat rumah buatlah project biskut badam nih. Sebenarnya badam campur gajus sebab ader gajus yang lebih ader org bagi balik dari langkawi, dari membazir just grind skali ngan badam dalam adunan biskut.
Bahan-Bahan
13/4 cwn mentega
3/4 cwn gula pasir
*3 cwn tepung gandum
*1/2 cwn tepung jagung * diayak bersama
100g badam kisar
hiasan
100g hirisan badam
2 biji kuning telur
1.Gula dan mentega digaul rata
2. masukkan tepung gandum dan jagung sedikit demi sedikit, gaul hingga sebati
3.Masuukan badam kisar dan terus uli hingaa menjadi doh yang agak lembut
4.Terap ikut acuan sendiri,sapukan kuning telur dan susunkan badam hiris
5.Bakar sehingga 20-25 minit dlm 175 celcius.
MAkannnnnnnnnnnnnnnnnn...

No comments:

Post a Comment