Wednesday, September 17, 2008

Biskut Coklat Chip Along


Along Rina ialah anak buah perempuan yang paling tua from 27 ( last count) orang anak2 buah. Sebelum puasa baru jer bertunang so sekarang tengah belajar masak-mamasak. Untuk raya nih dier request induk dier ajar coklat chip cookies nih, dah siap terus bungkus 2 tupperware balik Gombak ( alahai). Resepi nih tak manis sgt ( at least for me) dan boleh dicampur dengan berbagai kekacang pilihan. Anak-anak buah ku nih tak pakai makan nuts dlm cookies so kenalah letak hirisan badam dgn coklat chips jer. resepi adapted from Kathy at allrecipes.com and diolah mengikut selera ku.

1/2 cwn mentega/marjerin, dilembutkan
½ cwn shortening
1 cwn gula castor
½ cwn gula perang
2 biji telur
2 sudu kecil vanilla extract
2 cwn tepung gandum
2/3 cwn serbuk koko
3/4 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
¼ sudu kecil serbuk kayu manis
2 cwn chocolat chip ( kurang manis)
1/2 cwn walnut dicincang or atau sebarang kekacang pilihan

Panaskan oven ke 350 degrees F (175 degrees C).
Pukul bersama mentega, shortening, gula, telur, dan esen vanilla sehingga kembang. Gaul bersama tepung, serbuk koko, baking soda, serbuk kayu manis and garam; campurkan ke dalam adunan mentega hinga mesra. Tabur coklat chip dan kekacang dan gaul lagi. letakkan ke dalam baking tray menggunakan sudu teh kecil. Bakar selama 15 .Sejukkan seketika sebelum dialih ke atas derai , simpan dlm bekas kedap udara.

2 comments:

  1. kak e,

    kalau nak ranggup bakar lama sikit cam cookies biasa tuh lam 20 minit, kalau tak dlm dier chewy sikit.

    ReplyDelete