Agar-Agar 3-Pelangi



Mintak maaf lah..lately nih..my schedule sungguh penuh...sempat masak2 pun tak dan nak upload dan updatekan blog ku ini...terbiar sepi seketika (haha jiwang lah sat). tengok2 kat blog2 geng MYR ramai yang duk melayan kaler2 pelangi nih... ari tuh ader sedikit kelapangan pun di cuba ler..tapi disebabkan malas nak menunggu dan melapiskan2 kaler2 pelangi itu..agar2 ku jadi Tri-Color rainbow jer lah gamak nyer. Buat 2 stlye satu letak dalam acuan plastik yang kecik2 dan satu lagi dlm loyang besar 4 segi tuh (punyalah besar dapat sampai 2 hari makan tuh).

Yang buat acuan kecik elok jer melekat lapisnyer , buat acuan 4 segi ader yang tak berlapis betul..sedikit tension di situ..tapi tak per..cubaan pertama tuh..kira boleh ler... Sebab kat rumah agar2 serbuk dah habis ( ker tak jumpa dalm bekas2 plastik ku yang banyak itu ..ntah ler..), buat pakai agar2 tali jer , jadi dier ader sedikit keras dan kenyal berbanding guna agar2 serbuk..jadi resepi nih telah di-edit dari yang asal. Mintak maaf yer empunya asal nyer... ( kita suka kaler merah..jadi sungguh meriahlah merah dalam pelangi ini)

Bahan-bahan

Bhn A
26g agar2 tali

7 cawan air (guna lebih kalau terlalu pekat)
11/2 cawan gula
Bahan B
1 kotak santan 200ml
1 biji telur
pewarna hijau
Bahan C
1 cawan susu cair Ideal
pewarna merah

Cara-Cara Penyediaan

1.Masak agar-agar bersama air dan gula sampai agar-agar hancur. Kemudian tapis dan bahagikan kepada 2 bahagian.
2.Pukul santan bersama telur sehingga sebati. Tuang ke dalam Bahagian pertama (dalam periuk kecil) dan letakkan pewarna hijau.Kacau , tapis dan biarkan panas secara double boil.
3.Masukkan susu cair ke bahagian 2 dan tuangkan pewarna merah. kacau , tapis dan biarkan panas secara double boil juga.
4.Nak melapis tuh, ikutlah cara dan kesabaran sendiri..sebab tuan rumah tak sabar buat 3 4 lapis jer..yer..Jgn lupa untuk melorekkan lapisan agar2 yang telah keras seblum melapiskan dengan lapisan lain, ini untuk mematikan kan yang dua lapisan tuh meletak dan tak jadi sekeping2 (macam tuan rumah punya haha)


Comments

Popular posts from this blog

Tag dari Ana Wahid

Kuih Seri Muka

Kem Lubuk Semak, Ulu Dong Raub- Bergumbira2