Kek Pisang - Resepi Umi-e


hari itu berjalan-jalan ke rumah Fiza Nordin,,belek2 resepi nampak ler resepi kek pisang yang asal dari umi-e nih. memandangkan dalam peti ais tuh ader ler 5-6 biji pisang yang dah siap dikupas, jadi berlaku lah projek kek pisang nih. Suka dengan resepi nih sebab bahan2 dier mudah dan car penyediaannyer pun tak bersusah payah (yang paling penting tak payah nak keluarkan mixer tuh , pukul guna senduk jek. angin malas melampau...nih). Mungkin kek aku terlebih tepung sebab tambah sedikit jumalah adunan dari yang asal, kek nih keras lah sedikit, tapi tetap sedap. Buat dua versi satu buat dalam bekas cupcake (sajer bakar sampai sedikit berkerak then makan panas2 sungguh masyuk tuh!), then sebijik kek yang dibakar dalam loaf pan. Selalu nyer bakar dalam loyang bulat biasa (alumanium pan) letak suhu pada 175 celcius selama 40 minit, jadi aku buatlah yang sama pada kek nih..terlupa yang amat kalau guna non-stick baking pan( yang berwarna hitam tuh) suhu sepatut nyer diturunkan sedikit dari yang asal. Hasil nyer kek tuh jadik terlebih berkerak lah plak. Satu keje nak mengikis kerak yang tebal itu..alhamdullilah masih boleh diselamatkan dan dimakan. Peringatan kepada diri sendiri untuk next time nih.

p/s: gambar2 kali nih kurang jelas sebab gunakan kamera HP, digital kamera ku rosah..sedih sungguh, hantar kat kedai still tak tahu boleh dibaiki ker tidak...

Resepi nih kita copy paste dari Kak Umi-E jer..kita share2 yer kak... cuma tukar kan kepada 1/2 cawan gula dan 1/2 cawan gula perang.


Bahan-bahan
4 biji pisang sederhana besar
3 biji telur sederhana besar
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula
1/2 cawan gula perang
1 cawan minyak
1 sudu teh bicarbonat soda
secubit garam

Cara-cara
1.Pukul telur dan gula hingga kembang
2.Masukkan pisang yang telah dilenyek dan gaul
3.Kemudian masukkan tepung dan gaul lagi
4.Akhir sekali masukkan minyak dan kaup balikkan adunan hingga sebati
5.Masukkan dalam acuan yang telah disapu sedikit margerin dan dialas dengan kertas minyak
6.Bakar hingga masak selama 45mins dengan api sederhana atau pastikan kek telah masak dengan mencucukkan lidi dan jika lidi bersih bermakna kek telah masak

p/s :jgn menderhaka lebih pada resepi kang tak jadik,,sapo nak makan :)

Comments

Popular posts from this blog

Tag dari Ana Wahid

Kuih Seri Muka

Kem Lubuk Semak, Ulu Dong Raub- Bergumbira2