Tuesday, September 29, 2009

PUDING BELANG2



Dapat resepi yang sungguh sedap nih(kat tekak sendiri lah) kat MYR dari iezamel78. Sebenarnya memula buat bawak pergi rumah kakak kat shah alam, lepas tuh buat lagi dan lagi untuk tekak sendiri, tuh yang ader berbagai bekas tuh. Yang bentuk bulat comel dalam mangkuk tuh i makan sorang2 jer haha..abiss....diet ku.. Rugi kalau tak try. Di copy dari iezamel nyer resepi tuh tapi ader buat sedikit modification, telur tuh pakai 2 biji jer ( pasal malas nak guna kuning nanti takder org nak makan putih telur tuh ahha) dan tukar guna cawan instead of gelas.


Bahan-bahan
2 cawan air
1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
2 cawan susu segar
2 biji telur (original pakai 3 biji kuning telur)
3 sudu besar mentega/majerin
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar tepung kastard
1 cawan gula

Cara-cara Penyediaan
1.Masukkan 2 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. semantara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan.
2.Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar2 bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.
3.Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati dan tapis adunan. Jagan lupa tapis sebab kalau tidak nanti ader berketul adunan tuh dan nampak tak licin puding bila dah keras.
4.Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan serbuk koko.(serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas). kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
5.Sendukkan 1 bahagian koko ditengah loyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk baru masyuk nak makan.


p/s yang bulat comel nih i dah habis makan sorang....

No comments:

Post a Comment