Kuih Rengas @ Kuih Kacang Hijau


Teringat masa sekolah rendah dulu, kalau masa rehat jer mesti pergi kantin pergi beli kuih nih , masa tuh panggil kuih kacang jer...sedap sangat banyak kacang hijau , siap beli sampai 2-3 keping kenkadang sampai bawak balik rumah lagi. Sekarang kalau beli kat pasar malam ker pasar tani ker.. lebih kelapa dari isi kacang hijau tuh so kurang lah syok nyer...
kenkadang tuh kalau ader lebih buat bubur kacang, mak keringkan , letak tepung dan kelapa sikit leper2 kan, celup ngan batter dan goreng..lagi best kalau belen2 bubur kacang durian kan... bak kata mak den, resepi nih tutup mata pun leh siap..so kalau korang nak buat tutup mater jer mesti siap..ehhehehehehe. Kuih kat dalam gambar nih versi orang malas nak buat bater , jadi goreng pakai tepung goreng pisang ADABI jer lah..tambah kunyit ngan garam sket yer..


Bahan-bahan
1 cawan kacang hijau [rendamkan beberapa jam]
1/2 cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
3 s/b kelapa parut muda [putih sajaha] -kadang2 tak letak pun
3 s/b tepung gandum
Bahan Batter
1 cawan tepung beras
1 s/k kunyit serbuk
1/2 s/k air kapur
air secukupnya
sedikit garam
Cara-Cara
1. Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau tu pecah/lembut dan kering airnya. Janagan leka dan biar sampai hangus sudah ( pernah terjadi kepada diri sendiri !)
2. Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Kacau sebati dan sejukkan.
3. Ambil adunan sedikit dan bentukkan saperti bebola. Leperkan.
4. Bancuhkan bahan batter , tambah air secukup cair jer... kunyit nak bagi kaler menarik sket
5. Panaskan minyak dan gorengkan kuih kacang yg telah dicelupkan dgn bahan batter sehingga kuning keemasan.
6. Sejukkan dan hidangkan dan makan beramai-ramai.



Comments

Popular posts from this blog

Tag dari Ana Wahid

Kem Lubuk Semak, Ulu Dong Raub- Bergumbira2

Kuih Seri Muka