Wednesday, May 6, 2009

Roti Tuna Gulung


Rasanya previous entri dah ada cerita pasal buat roti gulung nih, rasanyer nilah makanan yang paling senang dan lazat (berkhasiat jugak kot?) yang menjadi kegemaran ramai orang Malaysia ini. Senang nak buat untuk sarapan ker, minum petang ker mahupun supper. kalau nak bawak ebkap ke pejabat, siapkan jer waktu malam dan letak dalam chiller, esok pagi2 terus jer goreng panas2 gitu. Inti nyer pun boleh dipelbagai kan letak sardin hancur, telur hancur, inti karipap..heheh... Yang nih pakai tuna in mayaonaise jenama TC Boy jer.Sebab nak makan sorang jer buat lah satu tin yang sedang tuh dapat dalam 7 keping roti, more than enuff for me..

Bahan:
Roti 7keping(Guna Gardenia)
Majerin untuk sapu ke atas roti
Telur 2 biji (dipikul sedikit)
Tepung Gandum + sedikit air
Minyak untuk menggoreng

Inti:
1 tin medium Tuna in mayonaise (apa2 jenis pun ok)
1 biji bawang besar -potong dadu
1biji lada merah/hijau - hiris nipis
Sedikit perahan limau nipis
garam , lada sulah,gula
kalau suka boleh tambah mayonaise lagi ( kalau tgh berdiet tak yah ler)

cara buat inti sardin:
campur semua bahan kecuali perahan limau nipis ,kacau sebati . Perasakan dengan garam dan lada sulah dan air perahan .

Cara buat roti sardin gulung:
1)Gelek roti tersebut,supaya mudah digulung (untuk senang boleh dikukus roti seketika)
3)Letakkan inti tuna , ikut banyak mana suka ler.
4)Gamkan tepi roti dengan tepung gandum yang telah dibancuh sedikit air.
6)Sebelum goreng celup dalam telur . Goreng sehingga kekuningan.
7)Boleh dihidang denagn salad dan tomato potong.

No comments:

Post a Comment