Tuesday, May 5, 2009

Pasta Bakar Dengan Sos Putih


Dah beberape kali nak mencuba buat macaroni bakar, daha lama rasanyer duk dalam list tuh. Carik2 akhirnya jumpa jugak resepi makaroni yang pakai White Sauce nih. Suka resepi nih sebab ader rasa pedas dan lemak..dan rasa keju yang sungguh cheesy itu. Bagi saya macaroni bakar ini adalah satu hidangan yang versatile yang mana kandungannya bergantung kepada citarasa masing2. Boleh juga digantikan dengan makanan laut seperti udang, sotong atau isi ikan. Resepi nih saya ambil dari ResepiNet.
Sumber: Kak Noor Masri

Bahan-bahan
300 g macaroni } direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega (saya guna fusili yang kaler2 tuh sebab takder stock macaroni)

Bahan inti
500 g daging cincang – boleh juga diganti dgn daging ayam cincang
30 mentega
1/2 labu bawang besar } dicincang
1 ulas bawang putih } dicincang halus
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk lada (suka pedas)
1 sudu kecil lada hitam/lada sulah
½ sudu kecil oregano kering atau parsley kering
1/2 cawan cendawan butang
1/2 cawan mixed veggie
3 biji putih telur (dipukul sedikit)
500 ml sos putih
125 g keju cheddar } diparut

*Kalau suka boleh diletak sosej yang dipotong kecil

Cara membuat
1. Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih.
2. Apabila layu masukkan daging cincang, mixed veggie, garam dan serbuk lada & lada sulah.
3. Masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging kering, kemudian sejukkan seketika.
4. Bila dah SEJUK masukkan telur putih, kacau sebati.
5. Sapukan loyang bersaiz 7x 5 inci dgn sedikit mentega . Saya cuba membakar dalam muffin pan (seperti tertera), dan hasilnya senang untuk dimakan (bite-sized).
6.Campurkan kesemua pasta dgn inti kemudian masukkan kedlm loyang.
7.Tuang sos putih diatasnya, ratakan. Akhir sekali tabur keju parut .
8.Bakar didlm oven pd suhu 180'C selama 30 min atau sehingga keju keperangan
9.Angkat biarkan selama 15 minit sedia utk dihidangkan. Sedap dimakan panas2 juga dengan sos cili.


Sos Putih :
30 g mentega
1 sudu besar tepung gandum
500 ml susu segar
2 kuning telur
125 g keju cheddar } diparut
garam secukup rasa
½ sudu kecil serbuk lada sulah

Cara membuat sos putih:
1. Cairkan mentega dgn api yg perlahan, masukkan tepung gandum kacau sehingga sebati.
2. Masukkan susu kacau (whisk) dgn menggunakan pemukul telur sehingga sebati.
3. Panaskan sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau supaya tidak bergentel.
4. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
5. Tutup api, sejukkan sedikit baru masukkan keju parut & kuning telur. Kacau sebati ketepikan



2 comments:

  1. nampak menyelerakan.. Jamie link blog yea..

    ReplyDelete
  2. Jamie, yer silakan dengan berbesar hati nih.. :)

    ReplyDelete