Friday, May 15, 2009

Agar-Agar Longan




Sekarang nih cuaca yang tak mementu , kalau waktu panas tuh sampai tidur malam pun tak lena , berpeluh sakan..( terfikir lah time nih nak pasang aircond). Waktu2 begini mood nak masak2 tuh pun sangat lah berkurangan nyer.Al-kisahnya bondaku ada undangan untuk kenduri tahlil kat rumah menantu nyer. Cadangan asal nak buat kek, then pikir cuaca panas nih sedap gak tekak makan yang sejuk2 dan tak payah di kunyah kan. Dan yang paling senang ialah puding atau agar-agar. bahan pun tak banyak dan masa nyer pun tak panjang. Asanyer guna laici dalam tin, sebab masa tuh nak menhabiskan setin longan kat rumah nih, jadilah puding longan jer. Kasi leatk gincu merah sikit campur susu cair ideal tuh jadi lah kaler pink. Resepi asal pakai 2 cawan gula, tapi pakai 11/2 cawan nih pun dah kira terlebih manis, so elok lah dikurangkan gula tuh untuk kesihatan gamak nyer..

Bahan-Bahan
sebungkus agar-agar serbuk (guna cap Swallow-10g)
11/2 cawan gula
5 cawan air
1/2 susu cair
pewarna merah (jika suka)
1 tin buah longan (laici pun best gak)

Cara:
1. agar-agar dimasak besama 5 cawan air sehingga ianya cair sepenuhnya.
2.kemudian masukkan gula, dibiarkan cair danmendidih sebentar kemudian masukkan susu cair. kacau sehingga sebati, biarkan mendidih sedikit. tutup api .
3.Asingkan longan dari sirap nyer, dan masukkan beberapa biji longan kedalam bekas acuan. Tuangkan agar2 tadi dan biarkan ianya beku. Sejukkan sebelum di hidang.
4.gerenti sejuk jer lalu kat tekak.

2 comments:

  1. ana... rajin betul lah masak2 :p

    * hantarlah sikit kat sini :D

    ReplyDelete
  2. tar eks... courier bley ker kak? haha nak jaln2 pi ambik bunga pun tak sompek laei ha

    ReplyDelete