Wednesday, May 27, 2009

Puding Roti Dan Sos Kastad


Kekadang tekak terasa nak makan yang lembut2 dan menyejukkan, layan2 blog jumpa plak citer pasal puding roti kat blog Inahar tuh, cam menarik. lagi pun ader belen2 roti 2 hari lepas dan roti hot dog buns (belen buat roti john). Periksa semua2 bahan semua ok, jadi campurkan semua jer ( cream of corn dan papaya kering tuh kira nak menghabiskan stock sebelum expire). Kalau check dekat Joyof Baking, puding roti yang kira original nyer pakai 4 biji telur (besar) dan 1 cawan gula dan dipukul sehingga pekat. Penulis juga mencadangkan agar puding roti dibakar menggunkan kaedah "water bath" untuk mendapatkan puding yang moist dan enak. Cuba tgk kat sini yer untuk info yang lebih lanjut. Sementara tuh jemput makan yer..

Bahan-bahan
Bahan A
300 ml susu segar/fresh milk
1 kotak santan (200ml)
8 keping roti or apa2 plain buns


Bahan B
4 s/b gula halus
2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 s/b tepung jagung
1/2 tin krim jagung
1/2 cawan buahan kering-
(saya guna dried papaya jer(nak mengabiskan stok)
Bahan C-kuah
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula
Cara-cara
1.Campurkan santan dan susu dan pukul mesra.
2.Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam campuran santan/susu selama 1/2 jam
3.Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
4.Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minitatau sehingga masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm peti sejuk.
5.Gaulkan bahan sos kastad. Panaskan dengan api perlahan sampai naik wap dan ketepikan. Bila dah sejuk masukkan kedalam peti ais. Sedap dihidangkan ketika sejuk.Nyummmm...










p/s puding roti nih sangat versatile, boleh letak apa2 bahan tambahan untuk menyedapkan macam kismis ,buah-buahan atau pun buahan2 berkaleng.

No comments:

Post a Comment