Saturday, August 28, 2010

Kucing-Kucing Tuan Rumah

This is the man of the house at the moment..bapak segala kucing..my tommy cat..tapi nama sungguh tak melambang kan kegagahan itu..his name is MANJA...

When he is not prowling around the neighbourhood, dier suka tidur atas katil tuan dier , cenggenilah...aku ingat masa kecik2 dier nih comel sungguh dah besar.. berat yang amat..all muscle & bones i guess, sebelum dier mature selalu bergaduh ngan kusing2 jantan kat kampung nih sampai ader skali tuh kaki dier luka teruk dua bulan baru elok, hampir ari2 kena sapu minyak gamak..skrg kucing2 lain tak brani nak masuk territory dier dah...
Lah ader ker..aku suh baca buku  tuh dier tidur..cehhhhhhh... ( mesti dier pikir tuan aku nih tak skolah ker aper..ader ker suh baca buku masakn plak..cam ner nak pandai kan ...)

Nih seekor lagi antara kucing2 tuan rumah... masa nih baru umur sebelum lebih.. nama dier PENYET, sangat lah aktif nyer..sampai nak ambik gambar pun blur2 jugak..lokasi seperti biasa di dalam bilik tidur tuan ler..

nih baru clear sket, comel tak..look at those big eyes...... auwwwwww...



Inilah PENYEK , 6 bulan kemudian..FIY dier nih jantan lah jugakk.. so bila habis buat vaccination  maybe nak kena neuterkan dier nih jugak so tak merayau jauh2. Right now.. sangat nakal dan aktif..kalau tak caya tengok lah tangan tuan  dier abis kena cakar bila ajak bergurau.... hmmwekend nih kena mandikan penyet lagi ler..

Friday, August 27, 2010

Badak Berendam @ Kuih Putat


Kuih nih adalah satu kemestian kat rumah bila bulan puasa, mak selalu buat untuk berbuka.. asal nyer kuih nih ala2 badak berendam jer, tapi stail mak pulak dier runcingkan bahagian atas kuih tuh..jadi dipanggil plak kuih putat... kalau inti kelapa tuh, tak yah lah manis2 sangat nanti cepat muak.


Petua mak masa buat kuih nih campurkan sikit dengan tepung gandum , so dier kurang melekit dan senang dibentuk.. kalau guna loyang aluminium nak kukus tuh, bubuh minyak sikit sebelum letakkan kuih yer, jadi senang nak di keluarkan bila masak.. Sekali masak mak guna 1 bungkus tepung pulut tuh, so dapat lah dua loyang sedang kuih..oarang2 tua punya stail plak.. masak2 kuih2 lama nih takder sukatan2 cam kita semua main agak2 jer..tapi hasil nyer umphh jugak kan.. i lap you Mak...




Bahan-Bahan:

½ bungkus tepung pulut
½ cawan tepung gandum
8 helai daun pandan (kisar dan perah patinya)
 ½ biji kelapa parut (untuk dibuat inti)
3 cawan santan + 1 sudu teh garam
1/2 cawan gula merah + sekepin gula kabung
1 cawan air
1 sudu teh garam

Cara - Cara Penyediaan :

1) Masak gula merah + gula kabung dan tambahkan sedikit air hingga cair, masukkan kelapa parut  dan dimasak hingga menjadi inti.

2) Panaskan kukusan.

3) Bancuh tepung pulut dan tepung gandum bersama air dan pati pandan hingga menjadi doh yang lembut.

4) Bentukkan doh lembut bulatbulat dan isi inti di dalamnya.Bentukkan  doh yang diisi menjadi  bentuk bintang ( sila tengok gambar, tak tau camner nak describe..hikhik)

5) Sementara itu bancuh santan bersama garam.

6) Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuangkan santan di sekelilingnya.

7) Kemudian kukus hingga masak. Saya suka santan tuh hingge menjadi agak sejat, jadi dikukus  lebih kurang 15-20 minit. Nak senang sila alaskan piring hidang dengan daun pisang..jadi kuih tak melekat!

Thursday, August 19, 2010

Aunty Aini's-Makan Lagi

Saya sangat suka makan di sini ( i likeeeee), tapi bukan lah hari-hari plak nak makan disini, kira dalam sebulan tuh ader lah dua-tiga kali dtg makan, biaasa nyer ambik early dinner, lepas keje terus datang. Sebab2 saya suka dtg makan2 kat sini :-
(i) dekat dengan jalan saya nak balik rumah..jalan salak jer
(ii) Aunty Aini dan staf2 nyer sungguh peramah.. dan selalu nyer saya ader meja peberet bila datang.
(iii) makanan kat sini,,serius hingga menjilat jari..especially asam pedas dan gulai lemak.. western food pun sodap... i like the fresh wild mushrrom soup dan lasagne itu... nyumm nyummmm...
(iv) persekitaran yang cantik, damai dan penuh dengan pokok2 bunga.. ala2 damai lah..ni blaring radio's or noisy tv ..boleh rilek2 borak2 sambil makan kan..

ermmm..cam nih saya rasa nak buat satu tajuk tanya dimanakah tempat makan kesukaan kawan2 bloggers kan..ok tak..pas tuh boleh link kat sini... tungguuuu....
Taman baru ader air terjun plak..soothing sangat

Rasa cam jalan2 kat Taman bunga pun ader..
Nyaman kan...


Lauk peberete all time kat Anty Aini ialah..asam pedas ikan jenahak...


Ayam kampung goreng kunyit..... definitely excellent especially bika dapat tang kat tulang2 tuh..ranggup woo bila geget..nak palk bila baru masak...
telur itik masak lemak cili  dengan tempoyakkkk..what more can i say... yang ader dalam menu masak lemar cili api telur itik jer..aku jer sebab regular customer request campur tempoyak skali.. sedap woo..pedas + masam-masam cam nih. Baru pembuka selera...

Ni plak..my peberete drink air barli lah... makanan kat sini memang sedap2 cam rasa makan kat rumah sendiri plak....

kalau berminat nak mencuba makanan di sini Aunty Aini :-

Dibuka seperti berikut:

Isnin  - Sabtu: 11.30am - 3.00pm & 5.30pm - 11.30pm
Ahad : Tutup ( tauke kedai nak gi kenduri senang...heheheh)
Alamat lak kat sini :-
Aunty Aini's Garden Cafe,
Batu 16 Jalan Sepang,
Kampung Chelet,71800 Nilai,
Negeri Sembilan.


Selamat menjamu Selera yer.... kalau nak datang berbuka puasa plak, make sure buat reservation dulu sebab selalu nyer memang penuh yer..kalau tak silalah tunggu...

P/s : ader sesiapa yang nak nak belanja makan kat sana tak?

Tuesday, August 17, 2010

Bahulu Ros Mekar


lalalalla apam @ bahulu kembang ku..resepi dari kak_fida yang sungguh gigih berkongsi resepi kat MYR itu..Thanks, saya share kat blog nih yer. Resepi asal sini yer.

apam dah merah, acuan pun lagi merah menyala plak, acuan yang saya gunakan pelbagai saiz tuh ader yang kembang dan kuncup jadi nyer..tapi maintain sedap walaupun dibuat  diwaktu mata dah mengantuk... suka kombinasi putih dan merah jambu..nampak manis cam gadis pingitan gitu kan :)

Bahan-bahan
200 g gula halus
300 g tepung gandum
3 sb susu tepung
1 sk baking powder
1 sk ovallete
220 ml susu segar -saya guna plain milk
2 biji telur - A
sedikit esen ros
1 sk pewarna merah

Cara-cara Penyediaan

Satukan kesemua bahan2 kecuali pewarna merah dan pukul hingga sebati dan pekat.

Ambil 1/4 bahagian adunan dan warnakan merah.

Bubuh adunan plain kedalam acuan yg beralas cawan kertas dan bubuh sedikit adunan merah di atasnya. (warna pink ku ini terlebih plak, menglamerkan diri)

Kukus selama 10-15 min atau hingga mekar ( kita punya ader yang kembang dan kuncup lak..huhu)

Thursday, August 12, 2010

UUM TRIP-SBP Rugby10 Under 16


Baru-baru ni (7-9 Ogios) ikut my sister pergi ke UUM , tengok anak abang teh Mirza main under Sekolah Mengah Sains Selangor untuk Ragbi bawah 16 tahun untuk Sekolah2 Asrama Penuh. Pergi berempat, Ateh, Abang Long Danial dan adik Iman.

Kami dudk kat University Inn dalam kampus UUM jugak. Ok lah jugak bilik kat situ one bedromm tapi ader seperate bathroom dan ruang tamu yang besar jugak. Kira just nice untuk kami berempat sebab memang bawak tilam extra skali.

Trip kali nih memang kurang sight seeing activies banyak duk tepi padang jer takpun saya lepak kat bilik layan FB (sebab panas woo kat padang tuh ). Jalan2 pun cuma sempat menjenguk ke Bukit Kayu Hitam Duty Free dalam sejam, then dapat lah makan  Pulut Mangga dan dalam perjalanan balik singgah di Pasar Rabu  Alor Star untuk makan tengahari dan beli buah tangan untuk orang kat rumah. Meh layan gambar.
gambar kamera interframe lak..
Penaja Utama Kejohanan Carisbrook.. huhu rugi lak rasa tak beli T-shirt ragbi tuh wat cenderahati untuk diri sendiri
Team yang masuk final Cup SMSS dan SMSH
Masa tengah main, mintak maaf ke-bluran gambar2 nih sebab diambir oleh jurugamabar tak professional langsung iaitu anak buah saya Iman yang berumur 6 tahun
mama dan iman..
Juara dan naib juara  duk sebelah-menyebelah..
Antara sekolah asrama penuh yang menyertai..
Nih lah the comel jurugambar itu..Nurul Iman,,..

Wednesday, August 11, 2010

Tortilla Ayam & Keju-Versi Ulangan

 Ini tortilla gulung saya versi ulangan dari sebelum ini, cuma inti dan  sos nyer saja yang saya pelbagaikan ikut tekak tuan rumah nak menghabiskan bahan2 yang lama tersadai dalam freezer itu ( ehemm seblum expiry date ler aper lagi..kenkadang dah expire pun kalau tengok elok lagi saya bedal jugak, sib baik perut jenis yang  pergi sekolah, jarang meragam, eks!). Resepi asal dari sini.Tortilla Ayam Gulung



Untuk inti:-
sausage ayam ( potong serong nipis2)
burger ayam (cincang sket)
cendawan butang ( hiris nipis)
Bawang besar ( potong dadu)
Cili Benggala (hiris- kalau suka)
Perencah Lada Hitam Maggi
Garam & gula

3 keping cheese ( dicarik )-guna KRAFT jer
3 sudu besar Mayonaise + 1 sudu besar mustard ( gaul sebati lah)

Cara-Cara Penyediaan
Panas minyak dalam kuali,  tumiskan bawang besar dan cili hingga naik bau. Masukkan daging burger & sausage hingga agak2 empuk. Tuang serbuk perencah lada hitam  dan cendawan tadi . kacau dan perasakan ikut tekak. Boleh jugak kalo nak guna perasa Maggi yang lain2 yer...

Sediakan tortilla ( saya beli jer kat Giant, guna Wholemeal, konon nak lebih berkhasiat), Sapukan campuran mayo dan mustard atas tortila , letakkan inti yang dimasak , banyak yang suka , taburkan cheese kat atas dan gulung. Simpan sekejap dalam peti ais dalam setengah jam, sebelum dipotong. Gerenti Sodap.

Kat bawah nih plak ader resepi untuk buat Tortilla sendiri, kalau ader yang nak cuba try test yer.. nih saya dah lupa goggle kat maner plak..

Tortilla
3 cups all-purpose flour
3 tsp baking powder
1 tsp salt
4 T vegetable oil
1 cup warm water


Sift the flour, baking powder and salt into a large mixing bowl. Add the vegetable oil and water. Mix with your fingers until well blended.
Turn the mixture out onto a floured surface and knead for 3 to 5 minutes or until the dough is soft and no longer sticky. Cover with a damp kitchen towel and set aside for 20 to 30 minutes.
Divide the dough into 18 balls about 1-1/2 inches in diamter. Keep them covered with a damp cloth.
Roll out each ball on a floured surface with a rolling pin into a circle about 6 inches in diameter and 1/8" thick.
Cook the tortillas, one at at time, on a hot comal or skillet until they are lightly browned on each side. Yields 18.

Selamat mencuba yer semua...  dan Selamat menyambut Ramadhan...

Thursday, August 5, 2010

Bun Inti Apple pie


Roti oh roti..orang lain dah lama meroti saya lak baru nak bermula..bukan tak pernah cuba ader gak mencuba tapi bila hasil yang mengecawakan tuh yang tensen..dan lembab jer nak cuba lain tuh... akhirnya.. setelah dapat sebuah BM (pinjam jer dulu) dan resepi yang cukup memberangsangkan...jadik ler roti ku... memula guna resepi nih buat roti kismis jer..lupa nak ambik gambar dah habis  baru teringat...  yang nih buat letak inti apple pie ( sebenarnya memula ingat memang nak buat apple crumble , termalas lah plak..jadi lah inti roti jer epal2 ku itu )..dan kosong jer.. untuk kilatan tuh sapukan  butter + madu ..excellent..

 
Ini roti saya buat percubaan ketiga guna resepi doh asas dari Kak Fida kat My Resipi (thanks !)...yes! yes! suka nyer...guna breadmaker yang pinjam itu...

BAHAN-BAHAN


600 g tepung roti ( 5 cawan rata)
120 g gula halus (1/2 cawan rata)
1 sudu kecil rata garam
2 sudu besar susu tepung (opt)
5 sk rata yis segera (contoh-Mauripan)
1 biji telur
250 ml air
1 sudu besar bread softener
60 g mentega - lembut (2 sb penuh)

Sapuan

Sedikit butter dan madu, digaul rata

Inti Pie Epal

2 biji epal hijau ( granny smith)- di potong dadu
2 sudu kecil perahan lemon
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1/2 cawan gula

- campurkan epal  dan perahan lemon, biarkan seketika. Masukkan serbuk kayu manis (jika suka). Masak atas api dan masukkan gula. kacau sehingga  epal lembut dan likat , sejukkan sebelum digunakan.

Cara Penyediaan

1.Satukan semua bahan2 di dlm mixer dan putar hingga doh tk melekat pd mangkuk mixer. Perap selama 45 min atau berganda saiznya atau kalau menggunakan Bread Machine (BM) masukkan bahan cecair dahulu kedalam bekas pengguli diikuti bahan kering dan tekan  butang untuk " basic dough", dan tunggu sehingga adunan selasai, lebih kurang 1 jam 30 minit sehingga doh mengembang.

2. Keluarkan doh , tumbuk untuk kelirakan angin dan canai doh bahagikan kepada beberapa bahagian dan bentukkan.Atau timbang 50g setiap satu.Isi inti manis tadi.Susun doh dan jarakkan di atas dulang pembakar. Saya dapat 20 biji roti bun dari doh ini.Perap lagi selama 45 minit atau berganda saiznya.
3.Bakar di dlm oven yg telah dipanaskan dulu pd suhu 180C selama 10-15 min. Saya suka bun ini berwarna agak gelap. Bila masak  sapukan butter + madu dan biarkan seketika dalam oven sebelum disejukkan. sapuan menghasilkan kilatan yang cantik pada bun. Kelembutan bun ini bertahan hingga keesokkan hari.