Brownies Lapis Pandan Kukus

Resepi nih ambik dari blog AS yang sungguh rajin memasak itu. Apakan daya..haha kosmetik brownies ku ini dah lari alignment ahahah..macam kena landa gempa bumi masa kukus kot haha. Tapi brownies nih memang emak manis dan gebu, saya simpam dalam peti ais semalam dan panaskan dalam microwave masa nak dihidangkan. Lain kali nak kena buat bagi yang cantik punya lah... terima kasih AS, kita copy jer resepi dengan sedikit pengubahsuaian.




Brownies Lapis Pandan Kukus


Bahan-bahan

Butter 190gm,

Gula Kastor 1 cawan,

Susu Cair 1/2 tin,

Telur 2 biji (dipukul),

Tepung Gandum 1 1/2 cawan,

Serbuk Koko 1/4 cawan,

Baking Powder 1/2 sudu teh,

Baking Soda 1/2 sudu teh,

Vanilla Esen 1 sudu teh,

Pewarna Hijau 1 sudu teh,

Estrak pandan (kisar dari daun pandan) atau pandan paste secukup nyer

Cara-cara  Penyediaan

Mula mula campurkan gula kastor,butter, susu cair dan esen vanila di dalam periuk dan jerang kan diatas api sederhana kacau sehingga gula dan butter cair. Kemudian biar ia sejuk (suhu bilik).

Setelah sejuk masukkan telur dan kacau. Ayak 1 cawan tepung, baking soda, baking powder dan masukkan kedalam adunan tadi. Ambil 2 cawan dari adunan tadi dan campurkan dgn serbuk koko.

Adunan yang selebihnya tadi dicampurkan dengan 1/2 cawan tepung,ekstrak daun pandan dan pewarna hijau. Panaskan pengukus. Lingsir acuan (greased), saya guna loaf pan, dan masukkan adunan koko tadi dan kukus dan tutup acuan dengan kertas timah agar air pengukus tidak masuk kedalam adunan. Selepas 30 minit masukkan adunan pandan dan tutup semula dengan kertas timah.Kukus selama 30minit .
 
 

Comments

  1. Wa..dah jadik tu...congrats.. yg penting sodap..bak seloyang..:P

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tag dari Ana Wahid

Kuih Seri Muka

Kem Lubuk Semak, Ulu Dong Raub- Bergumbira2